Thursday, May 14, 2015

Bersiaran Kembali Sempena 11th Anniversary...

Cececeh....
Tajuk tak boleh blah... hahaha

Giler lama tak update blog..
Lagi sebulan nak setahun.. huahahaha

Dalam setahun tu macam-macam ada..
Yang paling istimewa..
Kehadiran ahli baru dalam family..
Iyyer... ummi pregnant lagi.. dah selamat bersalin dah pun.. dah tiga bulan dah budak tecit tu..
Semua tu rezeki Allah nak bagi.. even hari tu cakap konon cukuplah empat.. huhuhu

Semalam,
Genap 36 tahun ummi hidup kat muka bumi ni..
Terima kasih pada Mak ummi kerana telah melahirkan ummi dan membesarkan ummi..
Rasa macam kejappp jer.. tengok-tengok dah anak lima dah.. hahaha
Mudahan2 Allah berikan ummi kesihatan yang baik dan rezeki yang murah hendaknya..

Dan hari ni..
Genap 11 tahun anniversary ummi dengan papa..
Dalam 11 tahun juga, 5 askar kami dapat..
Satu pencapaian yang memberangsangkan jugak laa.. hahahaha

Ummi just nak ucapkan
Happy Anniversary Papa
Terima kasih Papa.. kerana bersabar dan terus bersama dengan ummi selama ini..
11th year down.. forever more to go.. insha Allah..

Meh ummi tepek gambo budak tecit tu..

Hawa Khadeeja... 


Sekian, sehingga jumpa lagi.. tak tahu la tu bila pulak.. hahahha

No comments:

Post a Comment