Friday, February 14, 2014

Salam Pagi Jumaat..

Assalamualaikum..
Hari ni dah hari jumaat rupanya..
Kejap jer satu minggu berlalu..

Ummi takde apa sangat nak citer..
Tapi alang-alang nak kena update..
Meh sini ummi share sikit ilmu yang ummi dapat..
Ummi dapat ni dari buletin ofis ummi..
Harap dapat kita manfaatkan.. insha Allah..



KOMUNIKASI DENGAN BELAJAR MEMINTA MAAF

Meminta maaf tidak semestinya bermakna anda salah manakala pihak yan gsatu lagi itu benar.

Ia hanya bermakna anda menghargai perhubungan anda dengan mereka lebih daripada ego anda sendiri.

1.  Mungkin anda pernah berselisih faham dengan ibubapa anda.
Walau sememangnya anda benar, lebih baik minta maaf daripada perang dingin berpanjangan. Kerana syurga anak di bawah telapak kaki ibu.  Berkatnya hidup kita di bawah doa restu ibubapa.

2.  Mungkin anda pernah berselisih pendapat dengan pasangan anda.
Walau sememangnya anda benar, lebih baik minta maaf daripada bertegang urat berpanjangan. Kerana syurga isteri di atas redha suami dan bahagia suami di atas berkat doa isteri.

3.  Mungkin anda pernah bertelingkah dengan sahabat baik anda.  
Walau sememangnya anda benar, lebih baik minta maaf daripada bermusuhan berpanjangan.  Kerana
nilai persahabatan seeloknya lebih tinggi berbanding ego diri sendiri.
                 
Bagaimana melakukannya?

Lakukan dengan komunikasi yang berterusan.
Jangan sekali-kai putuskan komunikasi ataupun hubungan.

Dengan meminta maaf, anda dapat..

1.  Meredakan suasana
2.  Melembutkan hati
3.  Membersihkan dosa
4.  Merapatkan silaturrahim dan
5.  Meneruskan hubungan

Sekian, terima kasih.






No comments:

Post a Comment