Friday, March 1, 2013

Ya Allah.. Indahnya ciptaanMU


Pagi-pagi tadi bukak fb..
Ummi jumpa video ni..

Ya Allah, indah sungguh ciptaanMu
Sapa sangka kan.. remaja ni macam remaja mat salleh yang lain
Tapi rupanya dia seorang hafiz dan guru Alquran.. Masha Allah
Merdu sungguh suara remaja ni recite ayat2 Alquran
Cara dia nyampaikan lecture pun bersahaja jer... mudah faham

Ummi selalu doakan anak-anak ummi jadi lah seperti remaja ini.. Amin

Ini ada info sikit dan gambar2 pasal diri remaja ini.. ummi copy paste dari FB



Jom kenali Fatih Seferagic ..

Seorang Al-Hafiz muda berbangsa Bosnia, dilahirkan di Jerman, dan menetap di Texas, USA. Fatih merupakan seorang guru Al-Quran di sana. Dan dia baru berumur 17 tahun!!!

Dialah pemuda itu. Hafiz Qur’an, bersuara indah..
Masyaallah..Tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukan menjadi alasan baginya untuk tidak menghafal Al-Quran.Pada usia 4 tahun,dia berpindah ke AS, tinggal di Arizona selama 3-4 tahun sebelum menetap di Baltimore, Maryland selama 7 tahun dimana dia mula menghafal Al-Quran.

Dia mula menghafal Al-Quran pada usia 9 tahun dan menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam 3 tahun alias menjadi hafiz pada usia 12 tahun! Dia melatih hafalannya itu di bawah bimbingan Syekh Qari Zahid dan Qari Abid. Sekarang sambil sekolah, dia juga mengajar Al Quran dan menjadi ketua remaja masjid Sheikh Yasir Birjas di Dallas, Texas.

Cuba cari Fatih Seferagic di youtube dan facebook. Dengarkan bacaan beliau semasa menjadi imam solat Terawih dan dengarkan lagu nasyid Ghuraba yang dialunkan olehnya, sungguhhhh merdu!! SUBHANALLAH...










No comments:

Post a Comment