Friday, January 6, 2012

Kisah Semalam..

Semalam kan ummi cakap nak singgah tengok Musa
Nak tengok dia cammana kat sekolah Agama time balik..

So lepas ofis hour ummi pun gerak dari ofis
Sampai kat sekolah Musa ngam-ngam time balik
Parking kete jejauh seket.. takmoh dia nampak

Tapi ntah camno
boleh pulak dia cam..
terus dia berlari-lari dengan kawan dia si Faris.. anak jiran sebelah rumah
datang dekat kereta ummi

Ummi cakap kat Musa,
Naper tak naik van.. pegi la naik van
Musa jawab van belum sampai pun lagi...

Lepas tu ummi cakap kat dorang,
Takper pegi tunggu jer dengan kenkawan
Ummi tunggu kat sini tengok Musa pandai tak naik van

Sementara tunggu tu,
Musa minta nak pegi kedai runcit kat sebelah tu
Ummi cakap pegi jer la.. kan ummi dah kasik duit dalam poket tu..
Tanya si Faris, ada duit tak.. Faris jawab tak.. sebab dah bawak bekal..
Kesian kat dia.. bagi seringgit kat Faris suruh ikot sekali dengan Musa

Lepas tu
Adalah dekat sejam kot..
Van tak jugak sampai-sampai
Risau pulak ummi nya..

Dah lah tengahari tadi masa nak pegi sekolah agama
Akak Van tu boleh terlupa nak amik budak berdua tu..
Nasib baik ummi tergerak hati nak balik lepas check Musa kat sekolah tengok dia camner naik van nak balik...

Kalau tidak..
Memang tak pergi sekolah lah petang tu..

Kat depan sikit ada la bebudak sekolah lain yang berkumpul
Ummi pegi la dekat dorang tanya sorang budak pompuan yang sekali dalam group tu.. darjah 4 mungkin..

"Adik ni tunggu van Acik Aida ke?"
"Aah.."
"Van Acik Aida selalu datang lambat ke?"
"Selalunya tak... tapi tak tau la naper hari nih..."
"Oooo.."

Lepas tu, ummi panggil Musa dengan Faris datang dekat ummi...

"Dik, Acik nak mintak tolong boleh tak..?"
"Boleh, pedia Acik?"

"Besok-besok.. time balik sekolah.. boleh tak adik ajak sekali dua orang ni naik van dengan adik.. dorang ni baru lagi.. tak biasa lagi..." sambil tunjuk si Musa dengan Faris..

"Dua orang ni ke.. boleh, acik...  nanti saya tengokkan dorang..."

"Terima kasih yer... Adik duk mana ni. Meh acik hantarkan.  Acik nak balik dah.. Macam lama sangat nak tunggu.."

"Duk 5/24.. tapi tak per la Acik.. nanti Mak saya marah pula kalau tak naik van.."

"Okeh lah kalau cam tu... nanti minta tolong adik yerr... tengok-tengok kan adik-adik ni yer.."

"Okeh Acik.."

Ummi pesan siap-siap kat Musa dengan Faris..
Esok ikot kakak ni time balik sekolah.. jangan nak melangut ke lain pulak..

Tak sampai 5 minit kitorang gerak..
Ummi bertembung dengan van Acik Aida tu..
Malas pulak nak patah balik..
Takper la.. esok-esok ler naik van...

Pastu..
Hari ni tak tau ler cmner tu...
Ingat nak balik jugaklah tengahari karang..
Kang dibuatnya terlupa lagi.. naya ler pulak... huhuhu...








No comments:

Post a Comment