Tuesday, August 16, 2011

Sabor Jer La....

Semalam kan besday Papa..  So sms la Papa offer nak banjer makan.  Itu jer la pun. Nak bagi hadiah pe pe bajet takder.  Hehe.

Papa pulak kebetulan kena stayback ler pulak kat ofis.  So lepas duk berbalas-balas sms dengan Papa sampai ummi pun macam nak naik angin ler pulak.  Yer la, macam susoh bebenor nak decide.  Ngalahkan PM jer Papa nih.  Memang  ler Papa tak mintak... tapi macam tak best la kalau tak bagi apa-apa..  At least banjer makan tu pun okeh la kan.  Dah namanya sayang.. mesti la kena buat pepe jugak walaupun Papa asyik ler duk cakap.. 

"ima tak bagi pepe pun.. abg tau ima sayang abg" ek elllerr.... 

Sudahnya decide bukak poser lepas bukak poser.. haaa.. camner tu..? Haha.  Kitorang decide ummi dengan budak-budak dari rumah.. lepas bukak poser sekadar syarat dan solat maghrib.. kitorang gerak pegi Alamanda.  Papa lak gerak dari ofis.  Tanya Papa.. pukul baper Papa nak exactly gerak keluar.. sebab senang ummi nak bajet masa la kan.  Kang tersampai awal.. tercangguk ler plak kat situ.  Pastu dengan budak-budaknya.. haaii.. boleh pengsan nanti.

Papa kata, gerak jer lah pukul 8.  Sampai awal leh terus booking seat.  Eh.. booking-booking le bagai.. macam la exclusive sangat tempat makan tu.. padahal Kenny Rogers jer pun.. Haha.  So lepas siap solat apa semua.. dan-dan pukul 8.. terus la gerak. Sms Papa cakap dah gerak.

Sampai sana.. gila panjang nak queue utk dapat seat.  Haa ko, berlagak sangat.. haha.  Dalam pada tu.. Papa still tak reply sms pepe lagi.  Dah seated.. sms Papa lagi tanya kat mana.. tak reply jugak.  Last-last call tanya kat mana..  Laa. baru sampai tol MEX.. biar betul.  Takkan nak tunggu melangut kat dalam ni.  Papa cakap order je la dulu.  Papa makan jer apa yang ummi order.  Okeh lah.. order la apa semua.

Tak lama lepas tu.. eh, cepat benor makanan sampai.  Suruh abam Musa .. abam Isa dengan bibik makan dulu.  Ummi tunggu Papa datang.. nanti sian pulak Papa makan sorang-sorang. Sementara tu, ummi layan cik Mek Maryam.  Suka Maryam bila ummi suap  makaroni cheese.. abam Isa tak abih.. tak sedap katanya.. tapi ayamnya boleh pulak tinggal tulang jer. Haha.

Budak-budak dah habis makan dah. Si Isa dah start berlari-lari dah kat dalam tu.  Tapi still Papa tak sampai-sampai lagi.  Abam Musa mintak nak pegi kedai CD kat sebelah.  Nak tengok-tengok jer katanya. Okeh lah.. tapi tak nak beli apa-apa tau.. pesan kat dia.  Sudahnya dengan bibik-bibik keluar pegi duk luar.. sebab Maryam dah rimas semacam kat babychair tu.

Masa tu.. dah takder mood nak amik gambo ke haper dah.  Rasa cam hanggin jer.. dah ler lapar.. bukak poser tadi pun setakat air masak dengan kurma jer pun.  Sms Papa lagi tanya kat mana.. Katanya dah sampai  stesen minyak belakang Alamanda.  Okeh lah.  Kuis makaroni cheese Isa yang tak abih tu.. erkk.. tak boleh nak pegi la pulak.. muak.. Huhu.

Dah 20 minit dah.. still tak nampak bayang lagi.  Air ummi pun dah nak abih dah.  Isa duk berlari keluar masuk.  Pening kepala dengan dia. Huhu. Sms Papa lagi.. tanya kat mana.  Lorr.. tengah carik parking??  Dari tadi.. aduuhaii..  Ummi dah macam hangin dah.. tapi tak berani la nak sound ke haper.. weh.. derhaka weh sound-sound kat laki.. tak bau syurga weh nanti..  

Ummi pun sajer2 la sms tanya dia.. "tau ke tak kat mana Kenny Rogers ni.. karang nak mencarik satu keje la pulak."  Eh, dia jawab " tak tahu.." ssssss.. rasa cam nak hantuk jer kepala kat meja.  Tangan ni dah macam ketar-ketar jer duk type msg.."belah parkson.. depan pejabat pos.  Lama lagi ker?" Eh.. dia boleh jawab "Ha ah.."  Masa tu ingat nak mintak bungkus jer la.. giler lama.. dari pukul 8.30 sampai ke 9.30 tu wehh.. berasap bontot... nasib kerusi dia lembut.

Tengah duk pikir-pikir nak balik ke nak tunggu.. eh.. eh.. Papa boleh lak sengih kat belakang ummi. Ntah bila dia sampai ntah.  Sajer jer Papa tu.  Lepas tu.. apa lagi.. terus makan lerr.  Lapar wehh. 

Lepas makan.. dah settled bill apa semua.. tanya Papa nak terus balik ker?  Papa cakap dia penat.. tak larat.. balik umah jer la terus.  Ummi tanya Papa takper ke Ummi stay kejap.. sebab budak-budak pun tengah main kat situ.  Maryam pun tengah syok berlatih berjalan.. eh.. berjalan apa.. siap nak berlari lagi ada la.. huhu.  Papa kata tak per la, stay la.  So Papa gerak dulu balik.

Dekat setengah jam jugak la kot.. layan hero dua orang tu main menan kat situ.  Abih semua syiling dikorek hingga ke titisan terakhir. Haha. Maryam pun kang main lagi.  Terkekek-kekek gelak bila ngejor abam2 dia. Tak padan baru buleh berjalan.. siap nak kejar orang lagi. Hehe.

Mikirkan esoknya.. budak-budak ni sekolah.. so tak boleh lama.  Ajak dorang balik.  Berdrama jugak lah nak ajak balik.  Ikotkan Isa.. nak tido kat Alamanda jer dia. Haha.

Rasanya dekat pukul 11 jugak lah sampai rumah.  Sampai jer rumah.. budak-budak gi lari masuk bilik Papa.. nyanyi lagu besday untuk Papa.  Tadi masa Papa makan.. dorang kat luar duk berlari-lari.  Bila nak balik baru  tanya mana Papa sebab nak nyanyi lagu besday.  So jadik lah.

Alamak. Terpanjang le pulak entry nih.  Haha. Lantok lerr.  Sekian.











2 comments:

  1. penantian dalam kelaparan adalah satu penyeksaan...huhuhuhu..kalu saya hangin tul tu..huhuhuhu...
    tp xper la, benda dh jadi kan..

    ReplyDelete
  2. kalau sy mmg dah tensen tahap berapi dah tu..sngat pantang menunggu..sabar la umi

    hepi bday jugak utk en suami yer

    ReplyDelete