Friday, August 19, 2011

Hissh.. berderauu darah kejap..

Semalam lepas masak-masak untuk berbuka puasa, ummi tidokan Maryam.  Lepas tu, tinggalkan dia dalam bilik atas katil.  Ummi lepak kat hall dengan bibik sambil tengok Indahnya Iman kat Astro.  Masa tu ada lagi dalam 20 minit kot nak berbuka puasa.

Abang-abang dia macam biasa lah.. melompat sana sini.. terjerit sana.. terpekik sini.  Dah cakap jangan bising.. adik tido.. hmm.. sepatah haram pun bukannya nak dengar.  

Pastu tak lama.. dah azan.  Tengah sibuk-sibuk nak bukak puasa.. sekali.. eh.. terkedek-kedek Cik Mek Maryam kuar dari dalam bilik.  Dengan muka tersengih-sengih.. Ya Allah, ummi dengan bibik semua terkejut.
Eh, camner buleh turun katil nih.  Katil tu boleh tahan tinggi jugak lah. Rasa nya paras leher Maryam kot.  

Ya Allah, nasib baik lah pandai turun.. tak jatuh.  Memang berderau darah kitorang.  

Lepas daripada tu, Maryam sibuk lah nak panjat katil lagi.  Mengada. Tak ingat dia tu kaki pendek tak sampai nak panjat.. menjerit-jerit la dia mintak tolong.  Dah sampai atas.. eh.. eh.. gedik lak pulak nak turun.  Ummi perati jer dia.  Rupanya dia turun.. hulur bontot dia dulu.. baru lah kaki.. pastu terkonting-konting kaki dia nak cecah lantai.. comelll sangat. Haha.  Lepas tu, dah dapat turun.. mak aaai.. sengih diaa kang main lagi.. macam dapat apa jer.. Hahaha.

Lepas ni, pesan kat bibik.. memang tak boleh tinggal sorang-sorang dah kat bilik.. bahaya.. takut jatuh katil walaupun dah pandai turun sendiri.

Okehlah.. ummi nak sambung keje. Oh yer.. alhamdulillah, bonus dah dapat dah. Awal-awal lagi dah transfer bagi kat Fitrina untuk tukar duit raya. Huhu.  Tahun ni, duit raya hanya singgit jer sorang-sorang.. tak kisah la, anak sedare ker.. anak jiran ker.. semua sama.. tak lebih.  Tapi depends gak.. kalau mak-mak dia bagi lebih.. in return.. lebih ler jugak... Hahaha.. Dasar ummi nih.. lempang baru tauu!!




2 comments:

  1. rm 1 jer..bgs2..sy pun nak kasi rm1 jugak la..hahhahh..tp sy kakpa kne kasi up sikit la...hahah..sebab sepupu kak pa x mantion td... so kne up sikit la..

    ReplyDelete
  2. heheh terbayang budak debab tu terjunkit2 hulur bontot dia nk turun katil, huhu

    ReplyDelete