Tuesday, August 2, 2011

Awal-awal dah out...!!

Semalam start poser dengan penuh bersemangat.
Bertambah kobar-kobar lagi bila kat ofis ada program Tadarus AlQuran dan Solat Zuhur Berjemaah.

Bila lagi nak buat kan. Nak harap mengaji sendiri-sendiri kat rumah.. belum tentu terbuat.

Tapi nak buat macam mana.. lepas jer solat Zuhur.. bendera 'Merah' dah datang.. Aduhaaii.. Eh.. tapi ummi tak terus bukak poser pun. Ummi tunggu sampai waktu berbukak jugak lah. Hormat gitu.

Semalam jugak lepas balik keje.. oh ye, bulan poser ni.. biasalah. Boleh balik awal setengah jam. Kul 4.30pm terus punch out. Hehe. Okeh, sambung citer.. lepas balik keje, ummi singgah kedai runcit beli barang nak masak.
Pastu pegi bazar ramadhan kat depan tu, belikan Papa kuih Kria..

Sampai umah.. keletang keletung kat dapur. Nasib Maryam dengan bibik. Semalam ummi masak ayam masak merah dengan tauge masak lemak putih. Okeh la tu kan.. Pastu rezeki Allah nak bagi, TokMa sebelah rumah bagi pulak ayam masak kurma. Alhamdulillah.

Sebabkan ummi memang dah surrender bendera 'Merah'.. memang tak dapat nak gi terawikh la kan. So ummi offer kat bibik pegi terawikh dengan Nekteh, umah depan. Budak-budak ummi leh jaga. Nanti kalau ummi dah boleh solat, bibik pulak duk umah jaga budak-budak. Okeh la kan.

TAPI kan... yang menjadi kemusykilan ni. Semalam memang confirm ada. Tapi lepas semalam sampai la pagi ni.. eh, dah takder pulak. Takkan sehari jer kot. Takper, kita tengok sampai petang ni, kalau takder jugak, leh lah start mandi hadas..




No comments:

Post a Comment