Friday, July 22, 2011

Salam Hari Jumaat.

Bismillahirahmanirahim.  Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Waah.. mcam nak bagi ceramah ler pulop.

Pagi sat lagi, ummi ada kursus kat sini.  Kursus 'Lambaian Ramadan' sempena nak sambut ramadan nih.
Cakap pasal ramadan.. ya Allah kejaaap jer dah nak puasa balik.  Hari ni ummi last poser. Yess. 

Mudah2han dipermudahkan ler hari ni.  Dugaan banyak hari ni.  Apa taknya pagi-pagi lagi En.Rahim, officer kat sini dah panggil makan pulut kuning. Hehe. Pastu dah nama kursus kejap lagi, memang ada makan la kan. Harap2 cekal sampai ke petang ler. Amin. Hehehe

Esok cuti kan.  Pegi memana ker?

Ummi esok ingat nak ajak papa pegi shopping baju raya budak-budak lah.  Semalam si Aznie, bos partime ummi dah bank in duit job hari tu.  Tu yang excited lebih ni. Tak tau nak pi mana lagi.  Sogo ke, MidValley ker.. tengok ler esok macam mana.

Malam esok jugak ada kenduri di kejiranan ummi.  Kenduri ni sempena nak sambut ramadan jugak lah.  Papa dah hulurkan mana yang mampu.  Tengoklah, petang-petang lepas balik dari shopping.. pegi la tolong kot.

Ahad pagi pulak nanti, kena bangun awal-awal pagi. Sebabnya sekolah Musa dengan Isa ada Sports Day.  Semua angkut termasuklah cik Mek Maryam. Hehe.

Lepas tu, tengaharinya pulak ada jemputan birthday party kat McD Kajang.  Ayra anaknya Cik Puan Bukan Bidadari aka Tiara dah nak masuk 3 tahun dah. Kejaap jer rasa. Hehe.

Lepas Asar lak, officemate ummi si Intan pun buat kenduri seket sempena first birthday baby dia Irdina.

Huiih. Pack jugak ler hujung minggu nih.  Eh.. dua-dua event nak raikan birthday.  Nak kena carik hadiah jugak nih.  Ke bagi angpau jer nanti.  Tengok ler nanti macam mana.

Okehlah.  Sebelum masuk kursus, kenalah pegi pam siap-siap.  Karang bengkak pulak. Huhu.






No comments:

Post a Comment