Monday, July 11, 2011

Happy 11 months old Cik Yam.

Bismillahirrahmanirahim.

Semalam 10 Julai 2011.  Genap 11 bulan Cik Mek Maryam Zulfa nih.  Lagi sebulan nak setahun. Kejaaap jer rasa. Huhu.

Alhamdulillah.  Susu ummi masih ada.  Rezeki buat Maryam sampai ke hari ini.  Ummi berdoa harap-harap biarlah sampai usia dia setahun menyusu penuh.  Lepas tu, ada ke tak ada ker. Ummi dah berpuas hati.

Okeh. Milestones Cik Mek Bulat ni bila mencecah usia 11 bulan ni takder banyak bezanya.  Biar ummi listkan mana yang ummi ingat yer.

  1. Dah berjalan setapak dua tapak.. tapi lepas tu kedebum.. jatuh terduduk. Hehe
  2. Gigi dah tumbuh 2 batang belah bawah.  Ada juga percubaan nak menggigit time nenen.  Biler kena 'haiiip' dengan ummi terus tak buat dah. Huhu
  3. Suka benor amik angin kat luar.  Tak kira siang ke malam.  Bibik la yang suka layan bawak dia duk luar petang-petang. Kenkadang masa abang-abang dia gi ngaji lepas maghrib pun ikot.
  4. Makan bertambah-tambah tapi culas nak mengunyah.  Jadinya bubur dia masih lagi diblend.  Aduhaai.
  5. Nak tido, suka ummi bacakan storybook kat dia.  Pastu sibuk bercerita jugak dalam bahasa dia. So sweet.
  6. Hanya orang-orang yang dia kenal dan selalu nampak jer dia nak berdukung atau layan.  Selain daripada tu, kalau amik. Memang menjerit.
  7. Ohohoho.  Dah pandai nak memanjat sofa / kerusi / meja tv.  Tak boleh leka. Kalau tak, tengok-tengok dah tercongkos kat ataih tu. Alahaai.. semput ummi dibuatnya. Hehe
Hmm.. itu la yang ummi ingat.  Nanti kalau ada, ummi tambah lagi. 
Buat anak dara ummi yang sorang tu.  Happy 11 months old yer sayang.  Ummi, Papa, abang Musa dan abang Isa sayang Maryam sangat-sangat!


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



3 comments:

  1. geram tgk anok cina nie sorg..pos ke sy la k.pa...nok gigit nie..

    ReplyDelete
  2. lawa rambut..

    baby saya dah ada 8 btg gigi..dia tak berani gigit t3t3k masa nenen sbb penah kena lepuk..tak sengaja :-)

    ReplyDelete