Friday, June 17, 2011

Tua buat cara tua.. okeh!

Hmmm. Tajuk main hentam jer.  Tapi rasa nya ada la kaitan nya jugak kot.  Umur kita ni kan, makin meningkat. Makin lama makin la berusia tua. Anak-anak makin besar.  Apakah persediaan kita untuk hari tua nanti?  Mesti selalu terpikir kan.

Yang selalu bermain di kepala otak ummi nih, nanti anak-anak dah besor-besor. Nak belajar kat universiti mana-mana. Ada ke duit nak biaya. Anak-anak besor esok-esok nak kawen. Ada ke duit nak buat kenduri.
Gaji ummi campur gaji Papa takder la sebesor mana. Boleh lah nak hidup.  Tapi bila nak buat saving, mesti selalu lubang-lubang tengah-tengah bulan. Huhuhu.  Bila saving nak membukit.  Aduhaii.

Hari tu, lepas kitorang makan nasik ayam penyet tu.  Papa jumpa kawan dia. Ex-ofismate dia. So lepak la kat mamak kat Warta.  Mula-mula ummi malas nak join dorang borak.  Mesti hal-hal orang lelaki.  So lepas order air, ummi minta izin dengan Papa nak gi jenjalan cuci mata kat baazar depan warta tu.  Lebih kurang setengah jam pusing-pusing tengok gerai, alih-alih dah penat.. ummi duduk balik join Papa dengan kawan dia tu. Hahaha.

Tapi masa ummi duduk tu, dorang tengah rancak duk bincang pasal dividen yang Papa dapat hasil dari investment dia guna duit EPF.  Oh ye.  Kawan Papa ni agen Public Mutual.  Dia resign keje semata-mata nak buat Public Mutual. Memang nekad betul dia tu.  So dengar lah dia duk citer. Waahhh, rupanya dalam masa 6 bulan jer, Papa dah dapat pulangan balik yang memang agak besar lah.  Tapi sayang, dividen tu tak boleh usik sebab yer lah pakai duit EPF.

Hishhh.. macam menarik nih.  Ummi tanya la pulak. Kalau invest pakai cash macamana? Duit tu boleh keluar masuk sesuka hati atau ada tempoh dia nak kena ikut ke.  Kawan Papa tu nama Erham.  Erham kata bila-bila masa boleh keluarkan.  Cuma sedikit masa untuk proses cek dari Public Mutual. 

Erham tu siap buat pengiraan lagi untuk ummi. Let say ummi taruklah untuk permulaan ni dalam RM1000.  Pastu continue masukkan RM100 setiap bulan.  Dalam masa 10 tahun ummi akan dapat lebih dari 2 kali ganda duit yang ummi masukkan tiap-tiap bulan.  Tak silap ummi, pengiraan yang dia buat macam ni:

RM100 x 10 tahun = lebih kurang dalam RM12k
tapi bila campur dividern apa sumer
ummi akan dapat = lebih kurang dalam RM33k

Haa.. ko! Best tak?  Ummi yang mendengar ni terus bersemangat. Hahaha.  Balik rumah lepas tu. Ummi bincang dengan Papa.  Ummi cakap kat Papa, ummi ingat nak keluarkan sikit duit dari Tabung Haji then nak masukkan dalam Public Mutual.  Pastu bulan-bulan simpan seratus kat situ.  Papa kata okeh sangat lah tu.  Papa pun siangnya tadi dah tanya Erham nak bukak lagi akaun untuk budak-budak cinonet kat rumah tu. Tapi sebab dorang stil bawah umur, so kena bukak pakai nama Papa lah. 

Insyallah, dalam masa terdekat nanti setel la kot semuanya.  Apa-apa pun yang penting simpanan adalah sangat mustahak  Duit tu jangan nak enjoy jer sesuka hati.  Kita tak tau esok lusa jadi apa-apa.  Jadi kita kena lah sentiasa bersedia.  Orang kata apa.. sediakan payung sebelum hujan.

Sekian. terima kasih.(ecehhh.. macam tulis surat la pulak.)



No comments:

Post a Comment