Thursday, June 16, 2011

Toloooong. Selamatkan saya plsss...

Department ummi asalnya ada 5 orang staf. Sorang Timb Dekan Akademik, sorang Pen. Pendaftar dan tiga orang staf sokongan.  Tapi buat masa sekarang, tinggal ummi sorang staf sokongan.  Sorang cuti bersalin tiga bulan dan sorang lagi dah berhenti kerja sebab dapat offer yang lagi best kat tempat lain.

Ummi okeh lah lagi.  Keje sebagai setiausaha Timbalan Dekan ni nak kata baaaanyak sangat takder la jugak.  Tapi stil ada lah.  Dia ikot musim kot.  Nasib baik sekarang ni musim student cuti. So memang tak banyak sangat lah ummi nak kena cover.

Tapi dalam musim student cuti ni la banyak pulak nak kena audit ke apa.  So banyak nak kena cover yang tu lah.  Nak-nak sekarang tengah nak implement SPK baru.  Terkocoh-kocoh jugaklah.  Macam kejap lagi.  Ummi last minit nak kena ganti bos kecit (pen. pendaftar) untuk attend meeting SPK.  Bos kecit dengan Bos Besar (Timb. Dekan Akademik) nak kena attend meeting lain.  Ummi satu hapa pun tak prepare.  Dah la banyak benda lagi ummi nak kena belajar pasal SPK ni. Hmmm. Gasak. Jangan ko tido dalam meeting tu sudah, ummi yerr. Hehehe

Lepas tu, hujung bulan ni Bos Kecit pulak dah nak berhenti.  Dia dapat offer sambung belajar kat oversea.  Sapa tak nak pegi. Best tu.

Tapi yang tak best nya ummi lah.  Mati kejung la ummi nak cover sumer benda nanti sementara nak tunggu member masuk balik dari cuti. Terkontang-kanting la ummi sorang-sorang. Aduuuuuhhhhhhh!!! Toloooooooong!!!!!!

2 comments:

  1. wah, byk keje kosong tempat kak ima. nak mintak keje sane boleh tak?

    nanti kite tolong akak buat keje2 tuh..hihi

    ReplyDelete
  2. Ena:
    Patut cam tu aar.. amik la staf baru kan. tapi masalahnya, pentadbiran skrg sedang bekukan pengambilan staff.. so cmner tu..
    mmg kejung la akak. Huhuhu

    ReplyDelete