Wednesday, June 15, 2011

Tolong Jangan Gelabah.. Boleh Tak Kakak?

(Makluman:  Entry ini dipublish setelah mendapat approval dari Papa.)

Hahahaha..

Pagi-pagi lagi ummi dah rasa cam nak tergelak.  Pasal apa?  Pasal 'kawan' ummi yang ummi ter'cerita dekat entry semalam tu la.  Dan-dan lepas ummi publish entry panas semalam, 'kawan' ummi terus approach ummi.  Tanya apa masalah ummi dengan dia.  Siap 'kawan' ummi tanya ummi meroyan ke haper?? Aduhaai.. tak pasal-pasal lak kena.  Padahal sapa yang cari masalah dengan sapa.  Ummi dari dulu memang ikhlas jer berkawan. Takder niat serong ke belok ke ataupun merong... 

Okeh lah. Semalam 'kawan' ummi dah jelaskan dah pun.  Antara dia dengan Papa memang dah takder pepe.  Cuma ada 'urusan lama' yang perlu diselesaikan dengan Papa. Sebab tu dia terpaksa cari Papa. Papa pun cakap. Cuma take time. Tak tau la. Tu Papa dengan 'kawan' ummi  punya urusan. Ummi tak nak campur.  Pandai-pandai lah Papa setel dengan 'kawan' ummi tu. 

So ummi fine je la kan. Segala kekeliruan sudah dijernihkan. Tapi yang kelakarnya.. tup-tup 'kawan' ummi tu dah block ummi dari FB dia pulak. Hahahaha. Tak pelik ke tu? Macam something wrong somewhere jerr.. Laa, naper la sampai macam tu sekali. 

Ummi okeh la weh. Ke 'kawan' ummi tu yang tak ok.. rasa cam dah tak selesa dah? Ntah lerr. Takper lah. Dah orang tak sudi  nak berkawan dengan kita.. kita nak buat macam mana lagi kan.  Orang tu lagi sudi kawan dengan Papa jer kan.  Yer la,  Papa ni baik.. 'terover' baik sampai kenkadang menyusahkan ummi. 'Kawan' ummi ni bila ada emergency ke apa ker.. Papa yang dicari. Diminta teman layan borak tengah-tengah malam. Takder maknanya cari Ummi. Ummi ni tak best. Hahaha

Ummi hargai segala pertolongan yang diberikan pada Papa walaupun sepatutnya Papa tu tak payah ditolong pun.  Pandailah dia cari penyelesaian.  Dah anak 4 dah, tahu la dia. Tapi 'kawan' ummi ni terlampau la baik sangat ditolong juga si Papa nih.  Hah.. Papa rasakan. Kan dah terhutang budi.. nasib tak tergadai body. Padan muka. Hahaha.

Dah. Dah. Stop. Tak payah la nak panjang-panjang lagi. Orang dah takmoh kawan dengan ko, ummi hey. Tak paham-paham lagi ke?? So tak yah lah ko nak tergedik-gedik nak kawan dengan dia lagi.. okeh ummi!
Ko tak layak jadi kawan dia. Dia baik. Dia ikhlas. Ko jahat. Ko serong. Dah, ummi.. ko pegi kawan dengan orang jahat-jahat jer boleh tak?? (ummi dengan sedih bungkus kain baju dalam kain batik.. jalan pelan-pelan.. kuar cari kawan jahat. huhuhu..)

NotaKaki:  Ooo.. rupanya ramai jugak yang duk stalk Papa nih.  Papa kata kalau dia taruk status kat FB dia cam pelik-pelik seket. Atau jiwang-jiwang seket ke.  Mesti lepas tu ramai ler yang sms atau tanya, status tu tuju untuk dia ke?  Hahaha.  Perasan sungguh lah.  Tapi bahaya Papa nih.  Ummi kena alert selalu nih. Hahahaha.


5 comments:

  1. uishh saspennye citer
    sy termiss episod kah ini? huhu

    ReplyDelete
  2. macam2 dugaan dlm rumahtangga nie kan kak?

    td baru opismate cerita yg kawan dia tu lakinya dah kawen lg 1.

    pastu asek marah2 kt rmh. bil2 x berbayo

    haih...kawen ngn bekas bini org. ppn tu cerai sbb ade affair dgn lakinya tu..

    hmm...

    ReplyDelete
  3. Na:
    hahaha..
    episod terakhir doh pungg...

    Ena:
    Tu semua dugaan yang Allah nak bg kat kita dalam hidup berumahtangga.
    Cuma kita la, sabor dan redho jer lah. Doa byk2 supaya tabah dan cekal hadapi semuanya.

    ReplyDelete
  4. sabar .. dan tabah ngan dugaan... kite pon sentiasa igtkan diri sendiri... semoga pengalaman menguatkan kita dalam mengharungi cabaran kehidupan.byk mohon kepada Allah dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat nanti.ameen.

    ReplyDelete
  5. cah:
    mudahan2 macam tu lah. Aminnn.

    ReplyDelete