Thursday, June 16, 2011

Sila Ajar Anak.

Waah. Tajuk macam seriuss. Tapi tak der la serius mana pun.  Papa la. Semalam tengah duk layan borak-borak dengan Papa, tetiba Isa masuk mencelah.

Isa:  Papa.. papa. Tengok abang tu.

Papa:  Napernya?

Isa:  Abang amik buku punya Iche..

Papa: (masa ni Papa dah jeling ummi dah..) bukan punya Iche laa.. Iche punya..

Isa: Ha ah.. punya Iche... (Isa terus kuar bilik sebab aduan dia tak dilayan. Alih-alih kena tegur tatabahasa pulak..)

Papa geleng-geleng kepala.  Papa pandang ummi. Papa tanya ummi. Naper tak betulkan cakap Isa. Banyak dah terikut-ikut cakap bibik.  Nak bagi jadi cam Indon  ke haper. Hahahaha. Apa la Papa nih. Ummi dah jenuh dah betulkan. Even dengan bibik pun ummi selalu bising. Sila cakap bahasa Malaysia.  Tapi tu la, orang tua tu kadang-kadang terlupa. Macam yang selalu terjadi..

Budak-budak tu dok main-main dekat depan tv. Duk tekan-tekan dekoder Astro. Bibik marah.

"Usah dikutik-kutik Astro tu. Nanti umminya marah..!!

"Bibik.. kutik-kutik tu apa?" Hahaha. camner budak-budak tu nak dengar. Dah tak paham.

Pastu dah biasa sangat.. si Isa pulak dengan Maryam..

"Maryam.. no! Jangan kutik-kutik, nanti bibik marah!"

Hadooi.. macam mana tu... Ke nak kena antar bibik pegi kursus bahasa Malaysia? Hahahaha.




3 comments:

  1. hehehe..masalah jugak ade bibik indon nie kan?

    takot anak cepat ikot ckp indon. hee..cam x best jer..huhuh

    kalo ckp omputeh orait la jugak..hik hik =p

    ReplyDelete
  2. ni la masalah bila berbibikkan indon ni, mmg nak kena selalu betulkan la nampaknya.. takkan nak cari bibik mak saleh pulak kan...

    ReplyDelete
  3. Ena:
    itu laa.. kang dibuatnya maryam nnti first word cakap indon.. haru!

    chekna:
    betul tu. senang carik main philipine.. ckp omputeh terus. hahaha

    ReplyDelete