Thursday, June 23, 2011

Mula Berbunga2 Hati.. Tapi Kendian Tu Rasa Nak Pengsan!!

Ummi hari ni masuk tengahari. Pagi tadi pegi sekolah Musa Isa dengan Papa. Amik report kad dorang. Salah ummi tak set appointment betul-betul. Kena la beratur panjang juga.

Mula jumpa Teacher Jiha and Teacher Ain. Tu teacher class Isa. Alhamdulillah, Isa bagus dalam kelas dia. Sangatlah particular kalau buat latihan-latihan yang teacher dia bagi. Tapi kalau lebih dari dua pages, mula la dia malas dan tak mahu buat sebab penat. Aduhaai.. ikot suker nko ek Isa.

Tapi overall, Isa okeh la. Dapat no. satu dalam kelas dia. Okeh sangat-sangat lah. Cuma teacher cakap Isa ni cepat merajuk dan tak suka share barang dalam kelas dia. Ishh. Tak buleh la mcam tu. Tak mahu la lokek-lokek.

Dah setel bahagian Isa.

Jumpa pulak teacher si Musa. Bila teacher tu tanya, nak saya cakap yang jujur ke apa. Ummi macam dah, eh, naper pulak nih. Cakap yang betul lah. Rupanya Musa kat sekolah sangat lah naughty. Suka cakap banyak, tak bagi attention kat kelas. Pastu bila time exam hari tu, Musa boleh tak nak buat. Lepas kena paksa-paksa, baru dia buat. Tu pun dia buat sambil lewa saja. Masa tengok kertas ujian Musa, ummi rasa cam nak menitik air mata. Sedih sangat. Teruk sangat. Padahal ummi tau, dia boleh buat jaauh lagi baik dari tu.

Teacher tu cakap, Musa ni budak bijak. Semua yang diajar cepat jer dia tangkap. Tapi tu la, kalau dia dah bosan, memang tak pay attention langsung la. Teacher tu cakap lagi, Musa ni nak kan perhatian lebih. Nak orang sit next to him. Tengok dia buat apa sumer. Baru dia okeh. Ish, ko ingat ko anak raja ke Musa weh..



Last-last Papa tanya, so macam mana nak buat. Teacher sorang lagi, Teacher Mimi. Cakap kalau okeh lah, dia nak transfer Musa ke kelas dia. Kelas Musa sekarang adalah kelas yang lebih advance. Dan kelas teacher Mimi tu kira kelas yang medium lah. Teacher Mimi cakap, kalau Musa dalam kelas dia, dia boleh bagi perhatian lebih sikit. Sebab kelas tu pun tak ramai.

Ummi dengan Papa setuju sangat-sangat. Takper lah. Biarlah turun kelas pun. Biarlah tak duduk dalam kelas advance pun. Kalau macam ni punya hasil, baik duk kelas biasa-biasa ajer. Atleast, teacher dia boleh perhatikan dia lebih sket.

Selain dari tu, teacher Musa cakap Musa kalau kat sekolah memang speaking lah. Teacher pun macam kagum dengar Musa speaking. Slang dia macam lain lah. Huhuhu. Haiiii.. speaking terer mcam mana pun, kalau exam tak moh buat.. tak guna jugeeer..

Balik tadi ummi banyak diam jer. Papa cakap tak payah lah sedih-sedih. Musa pun baru jer 6 tahun. Papa pun cakap Musa boleh buat baik lagi daripada yang tu. Yang exam tu sebab dia TAK MAHU BUAT. Bukan tak tahu buat. Tak payahlah nak marah-marah Musa. Cakap baik-baik saja lah.

Ntah la. Perasaan ummi rasa macam.. hmm, kat mana lagi ummi kurang bagi perhatian kat Musa nih. Ummi tak cukup bagi tunjuk ajar lagi ker? Rasa cam downnn sangat. Nak pam susu pun dah takder mood. Sampai ke pukul 2 ni, ummi tak perah lagi. Hish. Tak boleh jadi ni. Kesian Maryam lak, tak cukup susu.

Okehlah ummi pegi pam susu dulu.


Abang Musa... hmm, alahaaii..

Si Isa ni dah macam nampak anak korea la pulak.

Alhamdulillah.. ummi bangga sangat dengan Isa tauu...

Hmm.. yang ni lah yang buat rasa cam nak pengsan... hmm, tak tau la nk cakap apa..


1 comment:

  1. alaa kak fetty rileks laa... jgn push sgt.. sian bebudak tu...:P

    ReplyDelete