Monday, June 27, 2011

Keliru Bahasa..

Eh.. bukan ummi. Tapi si Musa.
Bila ummi check kertas soklan Musa ni, baru ummi perasan yang dia dah keliru bahasa.
Papa salahkan ummi semata-mata sebab ni.  Papa sound ummi, tulah konon nak ajar dalam bahasa inggeris jer.  Tapi bahasa Melayu tak nak sebut.  Alih-alih Musa dah tak kenal nama benda dalam bahasa Melayu.

Ummi tengok paper dia yang English.  Still lah 90 lebih.  Kire dia score lah.  Tapi bila tengok paper Bahasa Melayu.  Rosak. Haha.  Ada ke gambar singa dia eja 'layen'.  Tanya dia naper eja macam ni.  Musa jawab, tu dalam bahasa Melayu. Kalau English eja dia 'lion'. Haha.  Tak jadi nak marah.

Takper la. 

Musa slow-slowlah yer.  Tapi tak moh la otomen selalu.  Musa kena rajin baca buku tau.  Eh, memang la rajin baca buku.. tapi takmoh lah baca buku komik jer.  Buku sekolah pun kena baca jugak!

Hari ni keputusan ujian kelayakan sekolah integrasi keluar.  Berdebor la pulok umminya. Haha.  Kejap-kejap lagi la ummi nak call tanya. Nak pegi tengok kat sekolah tu, macam tak berbaloi pulak kalau Musa tak dapat. Haha.

Okehlah. Sambung buat keje yer.







No comments:

Post a Comment