Friday, June 17, 2011

Judi is Haram.

Kalau layan borak dengan Papa, ada saja mender yang dia nak bet. Seket-seket nak bet. Seket-seket nak bet.  Pastu bukan setakat bet saje-sajer... siap bet ada duit tu. Haa, bet nak? RM50 kalau menang! Eeeeii... tak kuasa mak.  Selalunya Papa suka bet kalau satu-satu mender tu ummi tak berapa nak yakin.  So gedik la dia nak nyakat ummi suwuh bet.  Ummi memang tak lah. Hish. Papa ni, bet tu kira judi tauuu. Harammmm.

Macam semalam.  Papa ajak kuar teman dia makan kat kedai kat area rumah. Sampai, Papa order nasi dengan daging merah.  Ummi ratah sup perut jer. Kata takmoh makan nasik kan. Hahahaha.

Sementara duk tunggu makanan sampai, tetiba.. cehss.. tetiba konon. Hahaha. Kuar pulak lagu dari Kumpulan Amuk. Apa ek tajuk... lupa dah. Tapi tau lah tu lagu kumpulan Amuk.  Eh, Papa excited pulak.

Papa: Hah lagu nih. Abang suka sangat.. (pastu mulut kumat-kamit duk ngikut nyanyi lagu tu.. hahaha..)

Ummi: Ooo.. ni yang penyanyi dia yang pakai topeng tu kan.

Papa: Iyer laa. Tau nama sapa?

Ummi: Tau. Tau. Hmm.. tapi ingat-ingat lupa la.

Papa: Helleh.. cakap jer la tak tau.  Konon pandai la tu.

Ummi: Tau la. (Confident ni) Hmm.. nama dia macam.. hmm.. ba.. ba..ba apa ek.. bagi.. bati.. alaaa.. ada ba.. ba.. ba la kat depan dia. Dah ada dah dalam kepala ni. Tapi cam tak keluar penuh.. 

Papa:  Hahaha. Boleh lak cam tu. Cakap jer tak tauuu.. senang.

Ummi: Tau lah. Hmm.. Haa, nama dia Badi. Badi Amuk. Ha, betullah tu..

Papa: Ada lak Badi...

Ummi: Iyyerr.. Betullll. Badi la nama dia. (dengan penuh confident nih..)

Papa: Okeh, kita bet nak.

Ummi: Asyik-asyik nak bet.. asyik-asyik nak bet.. tak baik lah.

Papa: Bet aar best.. jom. Kalau betul RM50. Badi ekk? (sambil tangan pegang henpon nak google)

Ummi: Alaa takmo arr.. Dua hengget buleh..? Dua hengget?

Papa: Apa kelasss dua hengget... RM50 la baru cunn..

Ummi:  Hmm.. okeh RM50. Tapi kalau salah, tak kira ek.. ekekeke

Papa: Ada pulak.
(Papa google cari nama vokalis Amok. Ummi nak tengok jugak. Dia main tepis-tepis lak.. Pastu dan-dan tu dia gelak sakan.)

Papa:  Haaa! Ayang nak kena bagi abang 50 hengget..!

Ummi: Apa hal lak. Sini lah ayang tengok. (rebut henpon papa. Papa makin galak gelak..) Abang ni, cubit kang baru tau. (Mata tengok kat skrin.. alamak!) Alaa.. tak kira. Tak kira. Dah sama dah.. cuma tertinggal N jer pun.. Badi dengan Bandi... sama la tu. Betul lah tu.. Ayang menang okeh!

Papa: Hahaha.. Bandi la.. ada lak Badi... Ingat badi mayat ke haper. Bak sini 50 hengget.

Ummi: Malas ar nak layan. Bet tak baik lah.. haram (dan-dan tu cakap haram. Haha)

Papa:  Tak kira.. liiima pluh..! Hahaha

Sudahnya sampai ke pagi tadi. Salam Papa sebelum dia pegi ofis, sempat lagi ngada-ngada tanya mana 50 dia..? Hish. Papa nih. Cepuk kang baru tau. Len kali boleh tak jangan bet lagi. Tak baik tau. Haram.  Iyer la. Acu kalau ummi menang. Tengok camner lak. Hahaha.

So motif citer untuk pagi ini ialah jangan berjudi. Haram. Tuhan marah. Sekian.







No comments:

Post a Comment