Tuesday, June 14, 2011

Ini Bini Orang ker... Betina Sundal ek???

(Entry ni berbaur agak melampau dan panjangnya juga memang terlampau.  Sekiranya tak sanggup nak baca, sila abaikan.)





Tajuk dengan gambar entry kali ni memang tak boleh blah. Hahaha!  Quite harsh.  Ummi admit.  Tapi lantak lah weh!  Kalau dah geram sangat memang keluarlah semua ayat yang 'best-best" semua.  Ummi minta maaflah kalau ada yang tersentap pepagi ni.  Tapi korang nak sentap apanya. Korang-korang semua bukan macam tu, ummi percaya kenkawan ummi semuanya baik-baik belaka.

Tapi still, ada juga yang ummi tak berapa nak faham.  Macam ada seorang 'kawan' ni, ummi tak tahu apa niat dia.  Ummi tak tahu nak cop dia ni apa. Hipokrit ke? Talam dua muka ker? Ntah ummi tak pasti.

'Kawan' ummi ni, nak dijadikan cerita.. dulu-dulu.. lama dah lah.. pernah ada 'affair' dengan Papa. Yes! Papa suami ummi. (Amik ko! Statement berani mati betul!)  By that time 'kawan' ummi ni dahpun jadi bini orang even rasanya dah anak tiga kot. Hohoho..! Memang kacau masa tu.  Hampir roboh jugaklah rumahtangga ummi dibuatnya.  Tapi Alhamdulillah, masing-masing sempat disedarkan dan sempat lah pulang ke pangkuan jalan.

Ummi dah maafkan Papa, juga dia.  Manusia mana lah yang boleh lari buat kesilapan kan. Malahan Ummi pun sekarang masih nak berkawan dengan dia. Ikhlas. Takder niat terselindung ke apa.  So ingat habis kat situ la kan.

Tup-tup, rupanya dalam diam-diam dia masih lagi mencari Papa.  Agaknya la kot, dia fikir dia takder add Papa kat FB dia, so ummi takder la nak syak apa-apa kan. Yang dia tak terfikir, atau tak sempat nak fikir pun, ummi ni selalu jugaklah baca message inbox FB papa.  Papa kan ada bisnes online jual aksesori dan jersi.  So takut dia terlepas pandang order dari customer, so ummi la yang duk check satu-satu message kat inbox Papa.

Dari message-message tu, ummi perasan memang dia yang cari Papa dulu.  Papa hanya reply.  Alaa, lelaki kan.. pantang ada pompuan duk ajak borak ke apa.. memang suka la melayan. Kononnya bangga la tu, saham masih ada. Hahaha.  So ummi biarkan jerlah.  Malas nak bising-bising.  Selagi message-message tu tak 'meremangkan bulu roma' sesapa yang membacanya, ummi okeh lagi!

Alaa, dia mungkin nak bertanya khabar je kot.  Eh, tanya khabar tu, bukannya tanda kita rindu or ingat seseorang ke? Pastu.. boleh ke kita nak rindu-rindu kat lelaki lain selain suami kita pastu lelaki lain tu pulak laki kawan kita. Boleh ker???? Hmm, ntah lah. Hati orang, payah nak baca weh!

Tapi kan.. ummi rasa macam tak patut lah.  Kenapa??  Sebab.. cuba fikir apa yang kita akan rasa.  Depan kita.. dia baiiiiik sangat.  Borak-borak kat YM, kat FB.. apa semua.  Sedangkan kat belakang kita, dia boleh main message-message pulak dengan laki kita.  Korang rasalah kan.. apa yang patut ummi rasa?? Patut rasa nak marah ke atau buat-buat tak tau jer lah. Kawan jer lah cam biasa..!!

Cup.. cup.. cup!!! Eh, apa ummi melalut-lalut nih.  Ummi bukan nak cerita pasal 'kawan' ummi ni.  Ummi nak citer pasal orang lain.  Pasal 'kawan' ummi ni, ummi malas nak tanya dia.  Malas nak kecoh-kecoh.  Biar lah dia.  Dia ada akal fikiran. Dia pun bukannya muda lagi dah.  Lagi kakak dari ummi.  Dah cukup matang dah.  Dah boleh pikir mana yang baik mana yang buruk.  Nak-nak dia pun isteri orang, mak orang.  Anak-anak pun dah 4-5 orang.. so pikirlah sendiri.

Okeh.. okeh.  Apa yang ummi nak ceritakan kali ni, ialah perihal bini orang tapi tak ada rupa macam bini orang.  Macam betina sundal adalah! Huh! Panas.. panas! Hahahaha

Mari ummi mulakan dengan menamakan perempuan ni sebagai Lindsay. Eceh, nama omputih la pulak.  Yelah.  Selalunya omputih jer yang selalu kita dengar ada citer-citer macam ni.  Tapi jangan tak tau wehhh.. orang kita pun ada. Iyer.. melayu kita nih.. Islam lagi.  Pakai tudung lagi.  Astaghfirullahalazimmm.. Apa nak jadi ntah!!

Sebelum tu, ummi nak confirm dulu dengan korang.  Apa hukumnya jika seseorang isteri membayangkan atau memikirkan lelaki lain selain suaminya 'beraksi' di ranjang?? Dosa besar kan.  Itu baru duk bayangkan saja.  Kalau memang betul-betul buat??  Hukum nya jatuh kena sula kan. Sula tu weh.. tak takut ke??  Tapi kat Malaysia ni manader.  Setakat bayar denda dan tahan malu jer la.  Tapi still, macam tak takut Allah langsung la dia nih.

Lindsay ni kat belakang suami dia, rupanya ada affair dengan lelaki lain.  Dengar kata, lelaki ni sebenarnya cinta pertama dia masa sekolah menengah dulu. Dan kalau tak silap, lelaki ni juga sudah beristeri dan dah pun ada anak.

Menurut sumber-sumber yang dipercayai.. cehhhhss.. ayat tak boleh tahan betul.  Lindsay ni lah yang memulakan angkara.  Sebenarnya perkara ni dah lamaaaa dah bermula.  Lindsay ni setiap kali raya, mesti tak lupa lah hantar kad raya kat lelaki ni.  Dalam kad raya tu siap tulis i miss u.. i luv u bagai lah.  Kalau ummi jadi wife lelaki tu, sentap jugak kot. Hahaha. So kira on and off lah.

Nak dijadikan cerita, si Lindsay ni makin menjadi-jadi pulak selepas majlis Re-union sekolah dorang.  Yer la, mungkin sebelum ni dah lama tak berjumpa.  Rupa pun ingat masa sekolah-sekolah dulu. Tup-tup bila dah jumpa.. tengok makin hensem pulak lelaki nih.  Tu yang naik gian tu kot. Hahahahaha.

So lepas daripada tu, Lindsay ni pun start lah duk message lelaki  ni thru FB.  Hmmm, ada keburukan jugak lah FB ni rupanya kan. Okeh.. okeh sambung balik.  Mula-mula tu, Lindsay ni duk la merayu.  I still love you lah.. I  tak boleh nak lupakan you lah... I want you badly lah.. semualah. Hoiih... orang lelaki, dah ada orang tergedik-gedik macam tu kat dia.. suka lah dia.

Daripada FB turun ke henpon.  Selalu la duk message-message. Sayang.. darling.. I nak you sekarangla.. apalah.. semua tu dah jadi biasa dah dalam message-message dorang. Pernah sekali tertangkap.  Ntah camner, anak dia terbaca message tak sepatutnya tu pastu pass kat bapak dia.  Huiih.. berpeluh lah menjawab dengan laki dia.  Last-last pakai dua nombor pulak. Satu untuk biasa.. satu lagi khas untuk kekasih gelapnya. Dahsyat kan pompuan nih.

Dorang ni asyik la duk plan nak check in kat memana.  Tapi tak tau lah pernah jadi ke tidak.  Siap tanya tempat mana yang clear dari kena rush dengan Jais ke apa. Huiiihhh.. gilooo punya perempuan. Ada tu.. sampai satu tak tahap.. nak jumpa kat memana jer... dalam kereta jer pun tak per lah.. asal leh 'main' sama.  Tapi mungkin Allah tu sayang lagi kot kat dua orang ni.. tak pernah la nak menjadi plan dorang nih.

Yang lagi best kan.  Lindsay ni  pegi kenalan dan bebaik pulak dengan wife si lelaki ni.  Kononnya sebagai member sekolah pada suami nya.  So ber'kakak-adik la dia dengan wife lelaki tu.  Tak tau 'kakak' dia ni 'kakak setan'.  Kesiannya lah wife lelaki tu.  Sampai ke hari ni, wife lelaki tu tak tau apa-apa.

Hissshhh... apa nak jadi ntah.  Ummi tak boleh nak bayangkan lah.  Apa perasaan anak-anak dia.  Anak-anak Lindsay tu lah.  Kalau tau mak dia macam ni rupanya eh. Dalam dia duk ada affair tu kan, dia tak pernah terfikirkan anak-anak dia tu ke.  Yelah.  Suami mungkin dah tak fikir dah. Sebab tak cinta. Eh, tapi kalau tak cinta takkan bersusun-susun anaknya tu. Macam gerabak keretapi dah. Yang kecik sekali pun rasanya baru nak masuk 2 tahun.  Alahaaii.

Mungkin betullah. First love susah nak lupa.  Tapi once ko dah jadi bini orang, haram ko nak pikir jantan lain lagi dah!  Ummi ni, dulu sebelum kawen dengan papa.. ada jugak first love. First love yang kalu frust tu.. rasa cam tak boleh hidup dah!!  Tapi bila dah jadi bini orang.. automatik ummi tak leh nak pikir lelaki lain lagi dah.  Serius beb.  Even nak cuba nakal-nakal pun semuanya sekerat jalan jer sudahnya. Memang tak boleh.  Tau apa yang ummi terbayang?? Papa sudah tentu lah.  Ni, Musa, Isa dengan Maryam sekali terbayang ko.  Baru nak gedik-gedik kat YM terus kensel. Hahaha.

So kalau korang la yang berada di tempat wife lelaki tu.. apa korang nak buat bila dah tahu si Lindsay ni ada affair dengan suami korang.. cer citer.. cer citer..







3 comments:

  1. lorr..camne leh terlepas pulak bace karangan akak yang ini...huhu

    bile bace entry baru, baru scroll carik entry lama. hihi..

    dasat gak citer akak nihh..huhu..seram dibuatnya..

    sampai xto nk komen ape T_T

    moga Allah lindungi rumahtangga kita dr segala baca bencana ye kak! amin.

    ReplyDelete
  2. Ena:
    Dunia akhir zaman. Tak boleh nak kata apa dah.

    Mudah2han macam tu lah. Amin.

    ReplyDelete
  3. gila..tu la komen saya.
    tak ingat mati ke?
    YaAllah mintak jauhkan kita semua dr perkara demikian.

    ReplyDelete