Monday, June 20, 2011

Bertuahnya Budak!!

Sabtu dengan Ahad lepas, Ummi bagi Bibik cuti.  Lepas hantar Bibik pegi umah sedare dia kat Serdang, bermula lah rutin ummi sebagai surirumah sepenuhnya. Cehsss poyo!  Macam la banyak benor nak kena buat. HAHA

Tiba masa nak bagi dorang makan.  Selalunya bibik kalau suapkan dorang makan, memang bergerak ke sana sini lah.  Bibik layan jer suap-suap dorang sambil melompat-lompat.. berlari-lari.  Dengan ummi. Hmm.. tak maknanya!

Ummi:  Musa.. Isa.. cuba duk sini dendiam! Boleh tak jangan lari-lari. Karang bersepah nasi. (sambil suap dorang..)

Isa:  Ummi ni degillah! (Isa.. kalau marah dia, sumer orang dia cakap degil)

Musa:  Apalah ummi ni.. Ummi ni tak pandailah macam bibik suap!

Bertuahnya anak!!  Papa yang tengah layan Maryam tergolek-golek duk gelakkan ummi.  Hampessss.


No comments:

Post a Comment