Thursday, June 9, 2011

BBQ sambil tengok AF

Citer ni dah basi dah pun. Sabtu minggu bila ntah buat BBQ ni pun ummi tak hingat dah. 'Kitorang' tu ialah jenjiran blok rumah ummi nih. Jenjiran Jalan 5/20.  Memang selalu gak lah buat makan-makan kat area corner hujung jalan tu. 

Siang tu, collect duit sikit sorang, MamaSal @ Mak-Angkat-Maryam dengan Kak Hajar pegi Mydin beli barang.  Dorang la berdua yang kerja kuat siapkan masak-masak malam tu.  Kak Haya pulak sponsor bubur kacang dengan air sirap.  Malam tu selain BBQ ayam, ada nasi, kari daging lepas tu ada sayur goreng, ikan kering garing pastu yang paling meletopss, sambal belacan kak Hajar.  Memang marveless la. Hilang diet ummi minggu tu. Hahahaha

Kitorang-kitorang yang tak sempat nak tolong kudrat tu, cuma tolong hulur duit dengan tolong makan jer lah. Hahaha. Ummi sepanjang hari tu takder kat rumah. Sebabnya buat keropok delivery. Petang baru sampai.  Memang tak sempat nak tolong pepe la. Datang makan jer la lepas maghrib tu.

Kaum bapak-bapak pulak kenalah membakar pulak.  Memang berasap lah malam tu. Hahaha.  Nak dijadikan cerita, suami si MamaSal keluarkan WhiteScreen yang besor gedabak tu kendian pasang kat depan pagar umah yang hujung sekali.  Tuan rumahnya tak masuk lagi. Datang jenguk-jenguk jer sekali sekala.  Lepas tu, siap pasang dengan Astro sekali. Hambik ko, berkonsert AF la kat situ kitorang malam tu.
Kaum bebapak ni pulak, malam tu sambung lagi dengan bola sampai ler ke pagi. Laki Kak Hajar, Abg Mie siap bawak bantal dengan selimut lagi. Hahahahah

Tak reti nak citer panjang-panjang. Ummi tepek jer la gambar yang ummi amik malam tu. Layannnn...

Musa kalau dah jumpe geng.. tak ingat dah makan apa sumer

Ni Shah, anak si Sal @ Mak-Angkat-Maryam

Dorang berdua ni kalau dah ramai kawan, panggil pun buat tak dengar jer..


Mama Sal dengan Maryam

Mama Sal dah tak terlarat dah nak pegang Maryam sekarang.. dah tak reti duk diam

Kaum bapak-bapak tengah duk bako-bako


orang tak ramai lagi.

Meja hidangan.

makan jangan tak makan..

Maryam yang tak reti duk diam sampai dua orang nak kena jaga.. hahaha

Anak-anak jiran

Ini kalau kete lalu.. seket lagi nak sapu bontot mak-mak kat sini.. hahahah



Oh yer. Tak nampak papa kan. Hmm. Papa petang tu balik lambat pulak. Dia sambung tengok bola lepas kitorang yang mak-mak ni masuk. Hahaha






3 comments:

  1. mim..
    baguslah kejiranan awak ni yer.seronok tengok..sesekali outing beramah mesra ngan jiran2.

    maryam sama cam anak dara kecik saya..mmg x nak dipegang :-)

    ReplyDelete
  2. fai:
    memang gempark kat sini.. hahaha

    happy Irfa:
    alhamdulllah.. mmg boleh dikatakan rapat jgk la.. salah sorang tak kuar lama.. msti pegi jenguk tanya persal.. heheheh

    biasa la tu kan.. umur tengha nk melasak.. hehehe

    ReplyDelete