Wednesday, June 29, 2011

Sedih tak..?

Alhamdulillah. Dah berjaya ganti poser 20 hari. 10 hari more to go. Tapi yang sedihnya, berat ummi tang tu juga. Tak naik.. tak turun. Huhuhu.

Stok susu Maryam pulak makin berkurangan. Camner tak kurang, satu hari dia minum 3 botol. Ummi dapat bawak balik hanya 2 botol setengah jer. Aduhaiii.

Takper. Ummi akan cuba sedaya upaya upkan stok untuk Maryam minum sampai umur dia 12 bulan. Lagi sebulan jer. Insyallah boleh. Lepas tu, mungkin ummi akan topup dengan susu formula la kot. Eh, satu hal gak tu nak kena carik susu formula untuk Maryam. Susu apa ek yang bagus? Kalau abang-abang dia sebelum ni minum susu DUPRO jer.  Takper nanti ajak Papa pegi survey.

Tak sedih? Eh, apalak tak sedih. Sedih la jugak.  Tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana kan.  Mintak-mintaklah sampai la umur dia setahun minum susu ibu. Tak lama lagi dah, sebulan jer pun.

Okehlah, ummi nak gi mengepam.  Selamat mengepam pada ibu-ibu yang super power..!





Tuesday, June 28, 2011

Keseorangan..

Iyoo. Ummi kat ofis. Tapi keseorangan. Bos-bos ada bengkel kat Resident. Kak Nor lak naik pentas terima anugerah 30 tahun berkhidmat. Si Ina kat depan ni lak, masuk lambat sket sebab ada hal. Bos kecit sorang tu, cuti la pulak. Sudahnya ummi tinggal lah sorang.

Ngantuk ehh. Hm, nak wat per ekk???




Monday, June 27, 2011

Isa dan Kopiah.

Sabtu lepas, Nyang (Nenek Papa)ada buat kenduri doa selamat dan baca yassin. Ni tengah nak siap-siap nak pegi la nih. Budak berdua tu masing-masing pakai baju melayu.

Ummi: Iche, nanti pakai kopiah yer. Ada ngaji-ngaji.

Isa: Iche minum air teh O jer ummi. Iche tak minum pun air kopi.

Ummi: Apa lak air kopi Iche. Kopiah laa. Yang pakai atas kepala kalau iche gi ngaji tu la..

Isa: oo.. kopiah yer ummi. Iche ingat air kopi.

Ummi: hahaha.. (anak sapa la tu yer..)







Berita Terkini!!

Ummi baru jer call sekolah tu tadi.
Adalah ini dimaklumkan permohonan Musa adalah TIDAK BERJAYA
Ala, takper la. Tak kesah. Kat mana-mana pun okeh jer kan. Hehe.

(lega ummi, tak pyah nak pikir pasal transport dah. Huhu)



Keliru Bahasa..

Eh.. bukan ummi. Tapi si Musa.
Bila ummi check kertas soklan Musa ni, baru ummi perasan yang dia dah keliru bahasa.
Papa salahkan ummi semata-mata sebab ni.  Papa sound ummi, tulah konon nak ajar dalam bahasa inggeris jer.  Tapi bahasa Melayu tak nak sebut.  Alih-alih Musa dah tak kenal nama benda dalam bahasa Melayu.

Ummi tengok paper dia yang English.  Still lah 90 lebih.  Kire dia score lah.  Tapi bila tengok paper Bahasa Melayu.  Rosak. Haha.  Ada ke gambar singa dia eja 'layen'.  Tanya dia naper eja macam ni.  Musa jawab, tu dalam bahasa Melayu. Kalau English eja dia 'lion'. Haha.  Tak jadi nak marah.

Takper la. 

Musa slow-slowlah yer.  Tapi tak moh la otomen selalu.  Musa kena rajin baca buku tau.  Eh, memang la rajin baca buku.. tapi takmoh lah baca buku komik jer.  Buku sekolah pun kena baca jugak!

Hari ni keputusan ujian kelayakan sekolah integrasi keluar.  Berdebor la pulok umminya. Haha.  Kejap-kejap lagi la ummi nak call tanya. Nak pegi tengok kat sekolah tu, macam tak berbaloi pulak kalau Musa tak dapat. Haha.

Okehlah. Sambung buat keje yer.







Friday, June 24, 2011

Selamat Pagi Jumaat.

Ya Allah! Hari ni dah jumaat rupanyer.
Rasa cam baru kelmarin hari Ahad. Hahaha.
Kejap jer masa berjalan.

Eh. Malam ni Maharaja Lawak Final kan.
Hmm. Sapa la yang menang ek.
Kita tengok lah malam nanti.

Hari ni ummi insyallah poser lagi.
So setakat ni dah 19 hari la ummi dah poser. Lagi 11 hari.
Petang ni ummi nak bukak poser ingat nak buat sup kaki ayam lah.
Kaki ayam dah beli la semalam.  Seplastik besau dua hengget jer. Huhuhu

Esok cuti. Yeay!
Takder la nak pegi mana pun. Papa pun kena keje esok.

Okeh lah. Ummi nak sambung keje dulu lah. Bye



Thursday, June 23, 2011

Mula Berbunga2 Hati.. Tapi Kendian Tu Rasa Nak Pengsan!!

Ummi hari ni masuk tengahari. Pagi tadi pegi sekolah Musa Isa dengan Papa. Amik report kad dorang. Salah ummi tak set appointment betul-betul. Kena la beratur panjang juga.

Mula jumpa Teacher Jiha and Teacher Ain. Tu teacher class Isa. Alhamdulillah, Isa bagus dalam kelas dia. Sangatlah particular kalau buat latihan-latihan yang teacher dia bagi. Tapi kalau lebih dari dua pages, mula la dia malas dan tak mahu buat sebab penat. Aduhaai.. ikot suker nko ek Isa.

Tapi overall, Isa okeh la. Dapat no. satu dalam kelas dia. Okeh sangat-sangat lah. Cuma teacher cakap Isa ni cepat merajuk dan tak suka share barang dalam kelas dia. Ishh. Tak buleh la mcam tu. Tak mahu la lokek-lokek.

Dah setel bahagian Isa.

Jumpa pulak teacher si Musa. Bila teacher tu tanya, nak saya cakap yang jujur ke apa. Ummi macam dah, eh, naper pulak nih. Cakap yang betul lah. Rupanya Musa kat sekolah sangat lah naughty. Suka cakap banyak, tak bagi attention kat kelas. Pastu bila time exam hari tu, Musa boleh tak nak buat. Lepas kena paksa-paksa, baru dia buat. Tu pun dia buat sambil lewa saja. Masa tengok kertas ujian Musa, ummi rasa cam nak menitik air mata. Sedih sangat. Teruk sangat. Padahal ummi tau, dia boleh buat jaauh lagi baik dari tu.

Teacher tu cakap, Musa ni budak bijak. Semua yang diajar cepat jer dia tangkap. Tapi tu la, kalau dia dah bosan, memang tak pay attention langsung la. Teacher tu cakap lagi, Musa ni nak kan perhatian lebih. Nak orang sit next to him. Tengok dia buat apa sumer. Baru dia okeh. Ish, ko ingat ko anak raja ke Musa weh..



Last-last Papa tanya, so macam mana nak buat. Teacher sorang lagi, Teacher Mimi. Cakap kalau okeh lah, dia nak transfer Musa ke kelas dia. Kelas Musa sekarang adalah kelas yang lebih advance. Dan kelas teacher Mimi tu kira kelas yang medium lah. Teacher Mimi cakap, kalau Musa dalam kelas dia, dia boleh bagi perhatian lebih sikit. Sebab kelas tu pun tak ramai.

Ummi dengan Papa setuju sangat-sangat. Takper lah. Biarlah turun kelas pun. Biarlah tak duduk dalam kelas advance pun. Kalau macam ni punya hasil, baik duk kelas biasa-biasa ajer. Atleast, teacher dia boleh perhatikan dia lebih sket.

Selain dari tu, teacher Musa cakap Musa kalau kat sekolah memang speaking lah. Teacher pun macam kagum dengar Musa speaking. Slang dia macam lain lah. Huhuhu. Haiiii.. speaking terer mcam mana pun, kalau exam tak moh buat.. tak guna jugeeer..

Balik tadi ummi banyak diam jer. Papa cakap tak payah lah sedih-sedih. Musa pun baru jer 6 tahun. Papa pun cakap Musa boleh buat baik lagi daripada yang tu. Yang exam tu sebab dia TAK MAHU BUAT. Bukan tak tahu buat. Tak payahlah nak marah-marah Musa. Cakap baik-baik saja lah.

Ntah la. Perasaan ummi rasa macam.. hmm, kat mana lagi ummi kurang bagi perhatian kat Musa nih. Ummi tak cukup bagi tunjuk ajar lagi ker? Rasa cam downnn sangat. Nak pam susu pun dah takder mood. Sampai ke pukul 2 ni, ummi tak perah lagi. Hish. Tak boleh jadi ni. Kesian Maryam lak, tak cukup susu.

Okehlah ummi pegi pam susu dulu.


Abang Musa... hmm, alahaaii..

Si Isa ni dah macam nampak anak korea la pulak.

Alhamdulillah.. ummi bangga sangat dengan Isa tauu...

Hmm.. yang ni lah yang buat rasa cam nak pengsan... hmm, tak tau la nk cakap apa..


Wednesday, June 22, 2011

Cess.. Bedebah!

Aduhaai.. apa la punya jerawat ni..
Betul-betul terletak kat hujung bibir.. sekali pandang macam tahi lalat.
Ni bukan sebarang jerawat ni. Ni jerawat nasi. Jari ni macam gatal-gatal jer nak kopek tapi tahan.

Okeh tu jer la nak bagitau. Hehehe.





Tuesday, June 21, 2011

Teet.. teet.. Teet

Tengah-tengah duk buat keje. Tetiba ada sms masuk.
Check tengok. Papa yang sms.

"Kalau dapat sms ni jangan reply"

Hahahaha. Sajer la tu Papa. Takder keje nak buat. Suka nyakat ummi pepetang gini. Tau la ummi takder kredit nak reply. Huhuhu.


SayaS On-Line Shope: Unisex sports sunglass [Black] #74533451

SayaS On-Line Shope: Unisex sports sunglass [Black] #74533451: "Brand: Misc. Type: Unisex sports sunglass Colour: Black Code: 74533451 Price (RM):RM100 Description: AAA+ quality -Shatter-resistant PC..."

Tak De Citer Best Punnn....

Tak tau nak citer apa hari ni.  Rasanya macam takder yang menarik pun.

Semalam audit dalaman pra-siswazah.  Macam kurang nafas jer rasa. Tapi ni dah lepas.. lega lah sikit.
Hari ni ada lagi.  Tapi just dengar ulasan-ulasan yang akan dibuat.  NCR ke haper ker.. tunggu jer la nanti. Huhuhu.

Setakat hari ni, ummi dah berjaya ganti poser selama 18 days out of 30 days  So lagi 12 days to go.  Hasil perahan pulak biasa-biasa jer.  Tak kurang tak banyak.  Nak-nak ummi sibuk audit ni, sekali jer sempat pam kat ofis. Alahaai.

Okehlah.. tu jer la nak citer pun.  Ummi nak start rajin pam ikot schedule balik lah. Okeh, nak gi pam dulu. Bye.







Monday, June 20, 2011

Bertuahnya Budak!!

Sabtu dengan Ahad lepas, Ummi bagi Bibik cuti.  Lepas hantar Bibik pegi umah sedare dia kat Serdang, bermula lah rutin ummi sebagai surirumah sepenuhnya. Cehsss poyo!  Macam la banyak benor nak kena buat. HAHA

Tiba masa nak bagi dorang makan.  Selalunya bibik kalau suapkan dorang makan, memang bergerak ke sana sini lah.  Bibik layan jer suap-suap dorang sambil melompat-lompat.. berlari-lari.  Dengan ummi. Hmm.. tak maknanya!

Ummi:  Musa.. Isa.. cuba duk sini dendiam! Boleh tak jangan lari-lari. Karang bersepah nasi. (sambil suap dorang..)

Isa:  Ummi ni degillah! (Isa.. kalau marah dia, sumer orang dia cakap degil)

Musa:  Apalah ummi ni.. Ummi ni tak pandailah macam bibik suap!

Bertuahnya anak!!  Papa yang tengah layan Maryam tergolek-golek duk gelakkan ummi.  Hampessss.


Happy Father's Day.

Semalam hari bapa ek..? Hahaha. Baru hari ni tau. Tapi masih belum terlambat lagi kalau ummi nak wish kat Papa. So Papa, Happy Father's Day dari kami yer. (Ummi + Musa + Isa + Maryam) You're the best Papa in the world. Cayalah!!

Oh ye. Musa dengan Isa siap bawak balik kad yang dorang buat kat sekolah lagi. Berbunga-bunga lah tu hati Papa. Hehehe. Sudahnya penuh pintu peti ais bertampal-tampal dengan kad-kad dorang.

Kepada semua kaum bapa di luar sana. Selamat Hari Bapa.



Friday, June 17, 2011

sorry terdelete pulak eh..

Ummi check ada satu comment tak publish lagi. Tapi ummi bengong. Ummi nak tekan publish. Ntah cmaner tertekan delete pulak. Nasib baik kat email ada lagi comment nih. Terus ummi copypaste.

Haris Zuhaina has left a new comment on your post "Ini Bini Orang ker... Betina Sundal ek???":

As Salam..
Klu jd kat sy lah.. mmg siap betina tuh kena... lagipun kan ker kenal laki dia.. amik semua detail tuh serah pada laki dia.. yg laki kita tuh plk kt kn ajaq ckit... kalau tak melayan tak menjadi... dua2 gatai... klu depa nih sayag anak bini n rumahtangga, mst depa takkan buat benda2 terlarang nih...
so, klu sy-bagi ja kata du apada en.somi.... siap berkontrak lagih...

Publish
Delete
Mark as spam

Moderate comments for this blog.

Posted by Haris Zuhaina to ~Musa Isa Maryam~ at June 17, 2011 10:16 AM


so ni komen balas.

huhu. Boleh tahan garang jugak ibu haris ni. Memang ingat nak jer contact laki dia. Tapi tu la, takut org kata menyibuk pulak. Tang laki kita pulak, memang ummi cubit2 Papa. Haha. Tapi lelaki biasa la kan, pantang sket, mula aar melayan. Lelaki ni banyak nak main-main jer. Kita yang isteri orang ni la kena jaga. Jangan mudah melayan.

Tua buat cara tua.. okeh!

Hmmm. Tajuk main hentam jer.  Tapi rasa nya ada la kaitan nya jugak kot.  Umur kita ni kan, makin meningkat. Makin lama makin la berusia tua. Anak-anak makin besar.  Apakah persediaan kita untuk hari tua nanti?  Mesti selalu terpikir kan.

Yang selalu bermain di kepala otak ummi nih, nanti anak-anak dah besor-besor. Nak belajar kat universiti mana-mana. Ada ke duit nak biaya. Anak-anak besor esok-esok nak kawen. Ada ke duit nak buat kenduri.
Gaji ummi campur gaji Papa takder la sebesor mana. Boleh lah nak hidup.  Tapi bila nak buat saving, mesti selalu lubang-lubang tengah-tengah bulan. Huhuhu.  Bila saving nak membukit.  Aduhaii.

Hari tu, lepas kitorang makan nasik ayam penyet tu.  Papa jumpa kawan dia. Ex-ofismate dia. So lepak la kat mamak kat Warta.  Mula-mula ummi malas nak join dorang borak.  Mesti hal-hal orang lelaki.  So lepas order air, ummi minta izin dengan Papa nak gi jenjalan cuci mata kat baazar depan warta tu.  Lebih kurang setengah jam pusing-pusing tengok gerai, alih-alih dah penat.. ummi duduk balik join Papa dengan kawan dia tu. Hahaha.

Tapi masa ummi duduk tu, dorang tengah rancak duk bincang pasal dividen yang Papa dapat hasil dari investment dia guna duit EPF.  Oh ye.  Kawan Papa ni agen Public Mutual.  Dia resign keje semata-mata nak buat Public Mutual. Memang nekad betul dia tu.  So dengar lah dia duk citer. Waahhh, rupanya dalam masa 6 bulan jer, Papa dah dapat pulangan balik yang memang agak besar lah.  Tapi sayang, dividen tu tak boleh usik sebab yer lah pakai duit EPF.

Hishhh.. macam menarik nih.  Ummi tanya la pulak. Kalau invest pakai cash macamana? Duit tu boleh keluar masuk sesuka hati atau ada tempoh dia nak kena ikut ke.  Kawan Papa tu nama Erham.  Erham kata bila-bila masa boleh keluarkan.  Cuma sedikit masa untuk proses cek dari Public Mutual. 

Erham tu siap buat pengiraan lagi untuk ummi. Let say ummi taruklah untuk permulaan ni dalam RM1000.  Pastu continue masukkan RM100 setiap bulan.  Dalam masa 10 tahun ummi akan dapat lebih dari 2 kali ganda duit yang ummi masukkan tiap-tiap bulan.  Tak silap ummi, pengiraan yang dia buat macam ni:

RM100 x 10 tahun = lebih kurang dalam RM12k
tapi bila campur dividern apa sumer
ummi akan dapat = lebih kurang dalam RM33k

Haa.. ko! Best tak?  Ummi yang mendengar ni terus bersemangat. Hahaha.  Balik rumah lepas tu. Ummi bincang dengan Papa.  Ummi cakap kat Papa, ummi ingat nak keluarkan sikit duit dari Tabung Haji then nak masukkan dalam Public Mutual.  Pastu bulan-bulan simpan seratus kat situ.  Papa kata okeh sangat lah tu.  Papa pun siangnya tadi dah tanya Erham nak bukak lagi akaun untuk budak-budak cinonet kat rumah tu. Tapi sebab dorang stil bawah umur, so kena bukak pakai nama Papa lah. 

Insyallah, dalam masa terdekat nanti setel la kot semuanya.  Apa-apa pun yang penting simpanan adalah sangat mustahak  Duit tu jangan nak enjoy jer sesuka hati.  Kita tak tau esok lusa jadi apa-apa.  Jadi kita kena lah sentiasa bersedia.  Orang kata apa.. sediakan payung sebelum hujan.

Sekian. terima kasih.(ecehhh.. macam tulis surat la pulak.)



Judi is Haram.

Kalau layan borak dengan Papa, ada saja mender yang dia nak bet. Seket-seket nak bet. Seket-seket nak bet.  Pastu bukan setakat bet saje-sajer... siap bet ada duit tu. Haa, bet nak? RM50 kalau menang! Eeeeii... tak kuasa mak.  Selalunya Papa suka bet kalau satu-satu mender tu ummi tak berapa nak yakin.  So gedik la dia nak nyakat ummi suwuh bet.  Ummi memang tak lah. Hish. Papa ni, bet tu kira judi tauuu. Harammmm.

Macam semalam.  Papa ajak kuar teman dia makan kat kedai kat area rumah. Sampai, Papa order nasi dengan daging merah.  Ummi ratah sup perut jer. Kata takmoh makan nasik kan. Hahahaha.

Sementara duk tunggu makanan sampai, tetiba.. cehss.. tetiba konon. Hahaha. Kuar pulak lagu dari Kumpulan Amuk. Apa ek tajuk... lupa dah. Tapi tau lah tu lagu kumpulan Amuk.  Eh, Papa excited pulak.

Papa: Hah lagu nih. Abang suka sangat.. (pastu mulut kumat-kamit duk ngikut nyanyi lagu tu.. hahaha..)

Ummi: Ooo.. ni yang penyanyi dia yang pakai topeng tu kan.

Papa: Iyer laa. Tau nama sapa?

Ummi: Tau. Tau. Hmm.. tapi ingat-ingat lupa la.

Papa: Helleh.. cakap jer la tak tau.  Konon pandai la tu.

Ummi: Tau la. (Confident ni) Hmm.. nama dia macam.. hmm.. ba.. ba..ba apa ek.. bagi.. bati.. alaaa.. ada ba.. ba.. ba la kat depan dia. Dah ada dah dalam kepala ni. Tapi cam tak keluar penuh.. 

Papa:  Hahaha. Boleh lak cam tu. Cakap jer tak tauuu.. senang.

Ummi: Tau lah. Hmm.. Haa, nama dia Badi. Badi Amuk. Ha, betullah tu..

Papa: Ada lak Badi...

Ummi: Iyyerr.. Betullll. Badi la nama dia. (dengan penuh confident nih..)

Papa: Okeh, kita bet nak.

Ummi: Asyik-asyik nak bet.. asyik-asyik nak bet.. tak baik lah.

Papa: Bet aar best.. jom. Kalau betul RM50. Badi ekk? (sambil tangan pegang henpon nak google)

Ummi: Alaa takmo arr.. Dua hengget buleh..? Dua hengget?

Papa: Apa kelasss dua hengget... RM50 la baru cunn..

Ummi:  Hmm.. okeh RM50. Tapi kalau salah, tak kira ek.. ekekeke

Papa: Ada pulak.
(Papa google cari nama vokalis Amok. Ummi nak tengok jugak. Dia main tepis-tepis lak.. Pastu dan-dan tu dia gelak sakan.)

Papa:  Haaa! Ayang nak kena bagi abang 50 hengget..!

Ummi: Apa hal lak. Sini lah ayang tengok. (rebut henpon papa. Papa makin galak gelak..) Abang ni, cubit kang baru tau. (Mata tengok kat skrin.. alamak!) Alaa.. tak kira. Tak kira. Dah sama dah.. cuma tertinggal N jer pun.. Badi dengan Bandi... sama la tu. Betul lah tu.. Ayang menang okeh!

Papa: Hahaha.. Bandi la.. ada lak Badi... Ingat badi mayat ke haper. Bak sini 50 hengget.

Ummi: Malas ar nak layan. Bet tak baik lah.. haram (dan-dan tu cakap haram. Haha)

Papa:  Tak kira.. liiima pluh..! Hahaha

Sudahnya sampai ke pagi tadi. Salam Papa sebelum dia pegi ofis, sempat lagi ngada-ngada tanya mana 50 dia..? Hish. Papa nih. Cepuk kang baru tau. Len kali boleh tak jangan bet lagi. Tak baik tau. Haram.  Iyer la. Acu kalau ummi menang. Tengok camner lak. Hahaha.

So motif citer untuk pagi ini ialah jangan berjudi. Haram. Tuhan marah. Sekian.







Thursday, June 16, 2011

Sila Ajar Anak.

Waah. Tajuk macam seriuss. Tapi tak der la serius mana pun.  Papa la. Semalam tengah duk layan borak-borak dengan Papa, tetiba Isa masuk mencelah.

Isa:  Papa.. papa. Tengok abang tu.

Papa:  Napernya?

Isa:  Abang amik buku punya Iche..

Papa: (masa ni Papa dah jeling ummi dah..) bukan punya Iche laa.. Iche punya..

Isa: Ha ah.. punya Iche... (Isa terus kuar bilik sebab aduan dia tak dilayan. Alih-alih kena tegur tatabahasa pulak..)

Papa geleng-geleng kepala.  Papa pandang ummi. Papa tanya ummi. Naper tak betulkan cakap Isa. Banyak dah terikut-ikut cakap bibik.  Nak bagi jadi cam Indon  ke haper. Hahahaha. Apa la Papa nih. Ummi dah jenuh dah betulkan. Even dengan bibik pun ummi selalu bising. Sila cakap bahasa Malaysia.  Tapi tu la, orang tua tu kadang-kadang terlupa. Macam yang selalu terjadi..

Budak-budak tu dok main-main dekat depan tv. Duk tekan-tekan dekoder Astro. Bibik marah.

"Usah dikutik-kutik Astro tu. Nanti umminya marah..!!

"Bibik.. kutik-kutik tu apa?" Hahaha. camner budak-budak tu nak dengar. Dah tak paham.

Pastu dah biasa sangat.. si Isa pulak dengan Maryam..

"Maryam.. no! Jangan kutik-kutik, nanti bibik marah!"

Hadooi.. macam mana tu... Ke nak kena antar bibik pegi kursus bahasa Malaysia? Hahahaha.




Toloooong. Selamatkan saya plsss...

Department ummi asalnya ada 5 orang staf. Sorang Timb Dekan Akademik, sorang Pen. Pendaftar dan tiga orang staf sokongan.  Tapi buat masa sekarang, tinggal ummi sorang staf sokongan.  Sorang cuti bersalin tiga bulan dan sorang lagi dah berhenti kerja sebab dapat offer yang lagi best kat tempat lain.

Ummi okeh lah lagi.  Keje sebagai setiausaha Timbalan Dekan ni nak kata baaaanyak sangat takder la jugak.  Tapi stil ada lah.  Dia ikot musim kot.  Nasib baik sekarang ni musim student cuti. So memang tak banyak sangat lah ummi nak kena cover.

Tapi dalam musim student cuti ni la banyak pulak nak kena audit ke apa.  So banyak nak kena cover yang tu lah.  Nak-nak sekarang tengah nak implement SPK baru.  Terkocoh-kocoh jugaklah.  Macam kejap lagi.  Ummi last minit nak kena ganti bos kecit (pen. pendaftar) untuk attend meeting SPK.  Bos kecit dengan Bos Besar (Timb. Dekan Akademik) nak kena attend meeting lain.  Ummi satu hapa pun tak prepare.  Dah la banyak benda lagi ummi nak kena belajar pasal SPK ni. Hmmm. Gasak. Jangan ko tido dalam meeting tu sudah, ummi yerr. Hehehe

Lepas tu, hujung bulan ni Bos Kecit pulak dah nak berhenti.  Dia dapat offer sambung belajar kat oversea.  Sapa tak nak pegi. Best tu.

Tapi yang tak best nya ummi lah.  Mati kejung la ummi nak cover sumer benda nanti sementara nak tunggu member masuk balik dari cuti. Terkontang-kanting la ummi sorang-sorang. Aduuuuuhhhhhhh!!! Toloooooooong!!!!!!

Wednesday, June 15, 2011

Ayam Penyet.. terpenyet sudaaa

Akhirnya.. merasa jugak ummi makan Nasi Ayam Penyet. Thanks to Papa.  Rajin dia melayan Ummi nak makan hari tu. Hehehe.

Helleh.. makan nasi Ayam Penyet pun nak kecoh. Apa lah ummi nih! Hahaha. Betul. Betul. Ummi memang ketinggalan zaman betullah.  Padahal Ayam Penyet ni dah lama dah ada. Orang lain semua dah jemu dah pun. Ummi jer sekarang baru terhegeh-hegeh nak merasa. Tu pun nasib baik Papa nak melayan.

Ummi terliur nak makan Ayam Penyet ni lama dah pun.  Ni penangan dari blog si Pija la nih.  One of my favorite blogs.  Masuk blog dia mesti ada citer pasal makan-makan. Dari blog Pija la ummi dapat tahu pasal Ayam Penyet nih.

Hari Isnin hari tu, Ummi dengan Papa tak kerja sebab nak pegi survey sekolah Agama Musa.  Lepas dah setel semua, ummi ajak lah Papa pegi PKNS Bangi makan Ayam Penyet. Kawan ofis ummi cakap ada satu kedai Ayam Penyet kat area situ. Papa baik hati hari tu, so okeh lah. Pegi la. 

So mencari la kitorang kat area Bandar Baru Bangi tu. Pusing-pusing kat situ ada lebih kurang setengah jam kot.  Ummi cam dah giveup dah. Cakap kat Papa, tak yah lah. Pegi jer la makan kat kedai memana jer. Dah lapor dah nih.

Last pusing, akhirnya jumpa lah kedai tu.  Papa gelakkan ummi tak hengat ekk.. Kurang hajor betullah Papa ni.  Tau naper?  Sebab sebelum tu, Papa tanya apa nama kedai tu.  Ummi dengan confidentnya jawab Wali Songo.  Hahaha.  Wong Solo, okeh! Bukan Wali Songo. Wali Songo tu nama sejarah wali 9 orang kat Indon nuu. Lorr, mana la ummi nak ingat. Dah nama pun lebih kurang sama jer pun. Ekekkeke.

Papa order Embal apa ntah. sali macam tu la kot nama dia. Embal tu daging yang tumbuk-tumbuk tu.  Macam rendang pun yer jugak.  Ummi apa lagi, nasi Ayam Penyet laa. Huuuiiih.. makan memang tak tengok orang dah. Hahaha.  Sambal dia tu yang best. Pedas meletop ko!  Lain kali boleh aar datang lagi nanti.



ni ummi punya. Nasi Ayam Penyet


Ni pulak Papa punya. Nasi Embal Sali kot?








Tolong Jangan Gelabah.. Boleh Tak Kakak?

(Makluman:  Entry ini dipublish setelah mendapat approval dari Papa.)

Hahahaha..

Pagi-pagi lagi ummi dah rasa cam nak tergelak.  Pasal apa?  Pasal 'kawan' ummi yang ummi ter'cerita dekat entry semalam tu la.  Dan-dan lepas ummi publish entry panas semalam, 'kawan' ummi terus approach ummi.  Tanya apa masalah ummi dengan dia.  Siap 'kawan' ummi tanya ummi meroyan ke haper?? Aduhaai.. tak pasal-pasal lak kena.  Padahal sapa yang cari masalah dengan sapa.  Ummi dari dulu memang ikhlas jer berkawan. Takder niat serong ke belok ke ataupun merong... 

Okeh lah. Semalam 'kawan' ummi dah jelaskan dah pun.  Antara dia dengan Papa memang dah takder pepe.  Cuma ada 'urusan lama' yang perlu diselesaikan dengan Papa. Sebab tu dia terpaksa cari Papa. Papa pun cakap. Cuma take time. Tak tau la. Tu Papa dengan 'kawan' ummi  punya urusan. Ummi tak nak campur.  Pandai-pandai lah Papa setel dengan 'kawan' ummi tu. 

So ummi fine je la kan. Segala kekeliruan sudah dijernihkan. Tapi yang kelakarnya.. tup-tup 'kawan' ummi tu dah block ummi dari FB dia pulak. Hahahaha. Tak pelik ke tu? Macam something wrong somewhere jerr.. Laa, naper la sampai macam tu sekali. 

Ummi okeh la weh. Ke 'kawan' ummi tu yang tak ok.. rasa cam dah tak selesa dah? Ntah lerr. Takper lah. Dah orang tak sudi  nak berkawan dengan kita.. kita nak buat macam mana lagi kan.  Orang tu lagi sudi kawan dengan Papa jer kan.  Yer la,  Papa ni baik.. 'terover' baik sampai kenkadang menyusahkan ummi. 'Kawan' ummi ni bila ada emergency ke apa ker.. Papa yang dicari. Diminta teman layan borak tengah-tengah malam. Takder maknanya cari Ummi. Ummi ni tak best. Hahaha

Ummi hargai segala pertolongan yang diberikan pada Papa walaupun sepatutnya Papa tu tak payah ditolong pun.  Pandailah dia cari penyelesaian.  Dah anak 4 dah, tahu la dia. Tapi 'kawan' ummi ni terlampau la baik sangat ditolong juga si Papa nih.  Hah.. Papa rasakan. Kan dah terhutang budi.. nasib tak tergadai body. Padan muka. Hahaha.

Dah. Dah. Stop. Tak payah la nak panjang-panjang lagi. Orang dah takmoh kawan dengan ko, ummi hey. Tak paham-paham lagi ke?? So tak yah lah ko nak tergedik-gedik nak kawan dengan dia lagi.. okeh ummi!
Ko tak layak jadi kawan dia. Dia baik. Dia ikhlas. Ko jahat. Ko serong. Dah, ummi.. ko pegi kawan dengan orang jahat-jahat jer boleh tak?? (ummi dengan sedih bungkus kain baju dalam kain batik.. jalan pelan-pelan.. kuar cari kawan jahat. huhuhu..)

NotaKaki:  Ooo.. rupanya ramai jugak yang duk stalk Papa nih.  Papa kata kalau dia taruk status kat FB dia cam pelik-pelik seket. Atau jiwang-jiwang seket ke.  Mesti lepas tu ramai ler yang sms atau tanya, status tu tuju untuk dia ke?  Hahaha.  Perasan sungguh lah.  Tapi bahaya Papa nih.  Ummi kena alert selalu nih. Hahahaha.


Tuesday, June 14, 2011

Simpan dalam Almari??

Satu malam dekat depan tv.

Papa tengah layan game kat facebook.  Ummi lak tengah tengok citer Avatar kat HBO. Musa dengan Isa tengah baca buku apa ntah. Komik kot. Maryam lak tengah duk sibuk punggah-punggah barang mainan.

Kedengaran..

Musa:  Maryam. Jangan kacau lah. Abang tengah baca buku ni.

Maryam:  (Pandang abang dia pastu sengih-sengih) Musa beralih tempat

Musa:  Ya Allah. Maryam. Jangan lah tarik buku nih. (Beralih tempat lagi.)

Maryam masih lagi duk kacau abang dia. Last-last, Musa dukung adik dia bawak kat depan ummi.

Musa:  Ummi, amik Maryam ni. Boleh tak simpan dalam almari. Maryam ni degillah!!

Ummi: Nak pitam!!

Alahai  Musa.. Musa.. ko ingat adik ko ni mainan otomen ko ker.. leh nak simpan-simpan dalam almari. Ekekkeke.







Ini Bini Orang ker... Betina Sundal ek???

(Entry ni berbaur agak melampau dan panjangnya juga memang terlampau.  Sekiranya tak sanggup nak baca, sila abaikan.)





Tajuk dengan gambar entry kali ni memang tak boleh blah. Hahaha!  Quite harsh.  Ummi admit.  Tapi lantak lah weh!  Kalau dah geram sangat memang keluarlah semua ayat yang 'best-best" semua.  Ummi minta maaflah kalau ada yang tersentap pepagi ni.  Tapi korang nak sentap apanya. Korang-korang semua bukan macam tu, ummi percaya kenkawan ummi semuanya baik-baik belaka.

Tapi still, ada juga yang ummi tak berapa nak faham.  Macam ada seorang 'kawan' ni, ummi tak tahu apa niat dia.  Ummi tak tahu nak cop dia ni apa. Hipokrit ke? Talam dua muka ker? Ntah ummi tak pasti.

'Kawan' ummi ni, nak dijadikan cerita.. dulu-dulu.. lama dah lah.. pernah ada 'affair' dengan Papa. Yes! Papa suami ummi. (Amik ko! Statement berani mati betul!)  By that time 'kawan' ummi ni dahpun jadi bini orang even rasanya dah anak tiga kot. Hohoho..! Memang kacau masa tu.  Hampir roboh jugaklah rumahtangga ummi dibuatnya.  Tapi Alhamdulillah, masing-masing sempat disedarkan dan sempat lah pulang ke pangkuan jalan.

Ummi dah maafkan Papa, juga dia.  Manusia mana lah yang boleh lari buat kesilapan kan. Malahan Ummi pun sekarang masih nak berkawan dengan dia. Ikhlas. Takder niat terselindung ke apa.  So ingat habis kat situ la kan.

Tup-tup, rupanya dalam diam-diam dia masih lagi mencari Papa.  Agaknya la kot, dia fikir dia takder add Papa kat FB dia, so ummi takder la nak syak apa-apa kan. Yang dia tak terfikir, atau tak sempat nak fikir pun, ummi ni selalu jugaklah baca message inbox FB papa.  Papa kan ada bisnes online jual aksesori dan jersi.  So takut dia terlepas pandang order dari customer, so ummi la yang duk check satu-satu message kat inbox Papa.

Dari message-message tu, ummi perasan memang dia yang cari Papa dulu.  Papa hanya reply.  Alaa, lelaki kan.. pantang ada pompuan duk ajak borak ke apa.. memang suka la melayan. Kononnya bangga la tu, saham masih ada. Hahaha.  So ummi biarkan jerlah.  Malas nak bising-bising.  Selagi message-message tu tak 'meremangkan bulu roma' sesapa yang membacanya, ummi okeh lagi!

Alaa, dia mungkin nak bertanya khabar je kot.  Eh, tanya khabar tu, bukannya tanda kita rindu or ingat seseorang ke? Pastu.. boleh ke kita nak rindu-rindu kat lelaki lain selain suami kita pastu lelaki lain tu pulak laki kawan kita. Boleh ker???? Hmm, ntah lah. Hati orang, payah nak baca weh!

Tapi kan.. ummi rasa macam tak patut lah.  Kenapa??  Sebab.. cuba fikir apa yang kita akan rasa.  Depan kita.. dia baiiiiik sangat.  Borak-borak kat YM, kat FB.. apa semua.  Sedangkan kat belakang kita, dia boleh main message-message pulak dengan laki kita.  Korang rasalah kan.. apa yang patut ummi rasa?? Patut rasa nak marah ke atau buat-buat tak tau jer lah. Kawan jer lah cam biasa..!!

Cup.. cup.. cup!!! Eh, apa ummi melalut-lalut nih.  Ummi bukan nak cerita pasal 'kawan' ummi ni.  Ummi nak citer pasal orang lain.  Pasal 'kawan' ummi ni, ummi malas nak tanya dia.  Malas nak kecoh-kecoh.  Biar lah dia.  Dia ada akal fikiran. Dia pun bukannya muda lagi dah.  Lagi kakak dari ummi.  Dah cukup matang dah.  Dah boleh pikir mana yang baik mana yang buruk.  Nak-nak dia pun isteri orang, mak orang.  Anak-anak pun dah 4-5 orang.. so pikirlah sendiri.

Okeh.. okeh.  Apa yang ummi nak ceritakan kali ni, ialah perihal bini orang tapi tak ada rupa macam bini orang.  Macam betina sundal adalah! Huh! Panas.. panas! Hahahaha

Mari ummi mulakan dengan menamakan perempuan ni sebagai Lindsay. Eceh, nama omputih la pulak.  Yelah.  Selalunya omputih jer yang selalu kita dengar ada citer-citer macam ni.  Tapi jangan tak tau wehhh.. orang kita pun ada. Iyer.. melayu kita nih.. Islam lagi.  Pakai tudung lagi.  Astaghfirullahalazimmm.. Apa nak jadi ntah!!

Sebelum tu, ummi nak confirm dulu dengan korang.  Apa hukumnya jika seseorang isteri membayangkan atau memikirkan lelaki lain selain suaminya 'beraksi' di ranjang?? Dosa besar kan.  Itu baru duk bayangkan saja.  Kalau memang betul-betul buat??  Hukum nya jatuh kena sula kan. Sula tu weh.. tak takut ke??  Tapi kat Malaysia ni manader.  Setakat bayar denda dan tahan malu jer la.  Tapi still, macam tak takut Allah langsung la dia nih.

Lindsay ni kat belakang suami dia, rupanya ada affair dengan lelaki lain.  Dengar kata, lelaki ni sebenarnya cinta pertama dia masa sekolah menengah dulu. Dan kalau tak silap, lelaki ni juga sudah beristeri dan dah pun ada anak.

Menurut sumber-sumber yang dipercayai.. cehhhhss.. ayat tak boleh tahan betul.  Lindsay ni lah yang memulakan angkara.  Sebenarnya perkara ni dah lamaaaa dah bermula.  Lindsay ni setiap kali raya, mesti tak lupa lah hantar kad raya kat lelaki ni.  Dalam kad raya tu siap tulis i miss u.. i luv u bagai lah.  Kalau ummi jadi wife lelaki tu, sentap jugak kot. Hahaha. So kira on and off lah.

Nak dijadikan cerita, si Lindsay ni makin menjadi-jadi pulak selepas majlis Re-union sekolah dorang.  Yer la, mungkin sebelum ni dah lama tak berjumpa.  Rupa pun ingat masa sekolah-sekolah dulu. Tup-tup bila dah jumpa.. tengok makin hensem pulak lelaki nih.  Tu yang naik gian tu kot. Hahahahaha.

So lepas daripada tu, Lindsay ni pun start lah duk message lelaki  ni thru FB.  Hmmm, ada keburukan jugak lah FB ni rupanya kan. Okeh.. okeh sambung balik.  Mula-mula tu, Lindsay ni duk la merayu.  I still love you lah.. I  tak boleh nak lupakan you lah... I want you badly lah.. semualah. Hoiih... orang lelaki, dah ada orang tergedik-gedik macam tu kat dia.. suka lah dia.

Daripada FB turun ke henpon.  Selalu la duk message-message. Sayang.. darling.. I nak you sekarangla.. apalah.. semua tu dah jadi biasa dah dalam message-message dorang. Pernah sekali tertangkap.  Ntah camner, anak dia terbaca message tak sepatutnya tu pastu pass kat bapak dia.  Huiih.. berpeluh lah menjawab dengan laki dia.  Last-last pakai dua nombor pulak. Satu untuk biasa.. satu lagi khas untuk kekasih gelapnya. Dahsyat kan pompuan nih.

Dorang ni asyik la duk plan nak check in kat memana.  Tapi tak tau lah pernah jadi ke tidak.  Siap tanya tempat mana yang clear dari kena rush dengan Jais ke apa. Huiiihhh.. gilooo punya perempuan. Ada tu.. sampai satu tak tahap.. nak jumpa kat memana jer... dalam kereta jer pun tak per lah.. asal leh 'main' sama.  Tapi mungkin Allah tu sayang lagi kot kat dua orang ni.. tak pernah la nak menjadi plan dorang nih.

Yang lagi best kan.  Lindsay ni  pegi kenalan dan bebaik pulak dengan wife si lelaki ni.  Kononnya sebagai member sekolah pada suami nya.  So ber'kakak-adik la dia dengan wife lelaki tu.  Tak tau 'kakak' dia ni 'kakak setan'.  Kesiannya lah wife lelaki tu.  Sampai ke hari ni, wife lelaki tu tak tau apa-apa.

Hissshhh... apa nak jadi ntah.  Ummi tak boleh nak bayangkan lah.  Apa perasaan anak-anak dia.  Anak-anak Lindsay tu lah.  Kalau tau mak dia macam ni rupanya eh. Dalam dia duk ada affair tu kan, dia tak pernah terfikirkan anak-anak dia tu ke.  Yelah.  Suami mungkin dah tak fikir dah. Sebab tak cinta. Eh, tapi kalau tak cinta takkan bersusun-susun anaknya tu. Macam gerabak keretapi dah. Yang kecik sekali pun rasanya baru nak masuk 2 tahun.  Alahaaii.

Mungkin betullah. First love susah nak lupa.  Tapi once ko dah jadi bini orang, haram ko nak pikir jantan lain lagi dah!  Ummi ni, dulu sebelum kawen dengan papa.. ada jugak first love. First love yang kalu frust tu.. rasa cam tak boleh hidup dah!!  Tapi bila dah jadi bini orang.. automatik ummi tak leh nak pikir lelaki lain lagi dah.  Serius beb.  Even nak cuba nakal-nakal pun semuanya sekerat jalan jer sudahnya. Memang tak boleh.  Tau apa yang ummi terbayang?? Papa sudah tentu lah.  Ni, Musa, Isa dengan Maryam sekali terbayang ko.  Baru nak gedik-gedik kat YM terus kensel. Hahaha.

So kalau korang la yang berada di tempat wife lelaki tu.. apa korang nak buat bila dah tahu si Lindsay ni ada affair dengan suami korang.. cer citer.. cer citer..







Friday, June 10, 2011

Happy 10th Months Old Cik Mek Bambam..

Alhamdulillah.. hari ni genap Maryam umur 10 bulan.  Dan bermakna 10 bulan jugaklah ummi duk menyusu dia sepenuhnya. Syukur sangat-sangat.

Okeh, biar ummi citer sikit milestone si Maryam ni bila dah capai usia 10 bulan nih.
  1. suka manjat-manjat orang... pantang jer ada orang baring kat dia.. mesti panjat.
  2. berdiri pun dah pandai lepas-lepas tangan
  3. dah pandai tepuk-tepuk tangan.. tak kira la lagu apa.. so sweet.. hahah
  4. ooh.. akhirnya dah pandai merangkak dah.. laju jerrr..
  5. suka nor marah-marah... kalau marah.. menjerit stok meneran tu sampai merah satu muka.. hahaha
hmm.. apa lagi ekk... tak ingat la plop.. banyak sangat la kalu nak ditulis satu-satu.. so kita layan gambar lagi.. hahahhah..





Thursday, June 9, 2011

Intan Payung.. Nyawa.. Zamrud Ummi & Papa

Ummi tengah duk asah skill menembak balik. Dah lama tinggal. Macam terkial-kial nak adjust shutter appeture apa sumer. Haiishhh, dah la ada job bulan Julai nih.

So yang menjadi mangsa-mangsanya, dorang bertiga ni la. Tapi biasala, gambar si Maryam la paling banyak. Abang-abangnya bukan reti nak duk diam. Asyik la melompat sini.. terjun sana.. adehhhhh..

So layannnnnn...



amboii abang.. kang main lagi ek posing.. ekekkeke


peace yooo!!


apa pesyen ni abang ooii...


kembangnyer lubang idung ko dik.. hahahha


sengih takder gigi.. hahaha


cehceceh.. apa ntah diboraknya dengan abang dia..


haa.. nak gi mana lak tu..


maryam oo maryam.. tengok per tu?


tengok citer kartun la ummi...


mcm sakit gigi jer abg Iche posing nih..


ammmmmm.. posing cara apa ni abg Iche?


konon macho la tuu..





No Maryam.. No!!



no.. maryam no.. takmoh main sini laa...
 

huh!! ada aku kesaaah...




Makan-makan kat tepi PullMan

Okeh, citer ni baru jer minggu lepas happened.  Hari Sabtu gak.  Tengah-tengah ummi sedap dok landing dengan Maryam tetiba KakE anak sedare ummi call tanya mana tempat best nak picnic-picnic kat putrajaya.  Dalam kepala masa tu terpikir park yang depan PICC tu lah. So okeh lah.

Tanya sapa lagi ada.  Katanya MokNgoh (akak ummi, Kak Siah) satu family pastu mak dia (Kak Yati, akak ummi jugak) pun ada sekali satu family baru datang dari terengganu jenjalan cuti sekolah. Ooo.. macam tu, harus lah ummi ikot join jugak. Hahahaha.

Ummi pun suruh bibik siapkan bebudak cepat-cepat.  Tanya papa nak ikot tak.  Dia kata tak nak sebab ada keje nak buat. Okeh lah, so kitorang jer la gerak.  Tengah-tengah ondeway tu, KakE call balik kata tak jadi kat depan PICC tapi tukar pegi dekat PullMan pulak sebab kat situ ada kolam renang free.

Sebenornya bukan kolam renang tapi lebih pada macam pantai buatan. Setakat budak-budak kecit boleh la nak mandi dalam tu.  Sebabkan ummi takder bawak baju renang budak dua orang tu, kitorang pun patah la balik rumah amik baju renang dorang.  Alaa, bukan jauh pun, dekat jerr..

Makan best. Kak Siah buat nasik minyak gulai ayam. Ummi paling suka kaki ayam. Kruk krak kruk krak ratah kaki ayam tu. Hahahaha.

Okehlah, malas nak citer panjang lagi. Jom layan gambar. Gambar-gambar ni ada yang dari camera ummi dan ada yang dari camera si RG, anak sedare ummi.  Jangan sampai muntah udah lerr.. Hahahah


masa ni ummi anak beranak baru sampai.. giler gomoksss.. dah la idung merah menyala.. hahaha

KakE dengan CikMek Maryam..

lepas pose ni, terus pokok ni tumbang kelayuan.. hahahah


Maryam dengan KakSara (anak sedara ummi)

PokDe Man (abg ipar ummi) dan anak2nya.

Ada iras tak?? Hehehe

Maryam dah naik rimas dah dengan kakak2 sepupu dia nih..

Musa bergambar dengan KakRG..

KakE dan suami serta anak Duan dengan Izan

Jangan tak tau.. ni la cucu ummi.. Izan

santai lepas abih makan..

Budak berdua ni memang tak ingat apa dah...

Maryam first time dapat main rumput

nak buat apa dengan rumput ni yer..

yeayyy.. kita baling rumput nih...

lepas tu kita cabut lagiii... heheheh












BBQ sambil tengok AF

Citer ni dah basi dah pun. Sabtu minggu bila ntah buat BBQ ni pun ummi tak hingat dah. 'Kitorang' tu ialah jenjiran blok rumah ummi nih. Jenjiran Jalan 5/20.  Memang selalu gak lah buat makan-makan kat area corner hujung jalan tu. 

Siang tu, collect duit sikit sorang, MamaSal @ Mak-Angkat-Maryam dengan Kak Hajar pegi Mydin beli barang.  Dorang la berdua yang kerja kuat siapkan masak-masak malam tu.  Kak Haya pulak sponsor bubur kacang dengan air sirap.  Malam tu selain BBQ ayam, ada nasi, kari daging lepas tu ada sayur goreng, ikan kering garing pastu yang paling meletopss, sambal belacan kak Hajar.  Memang marveless la. Hilang diet ummi minggu tu. Hahahaha

Kitorang-kitorang yang tak sempat nak tolong kudrat tu, cuma tolong hulur duit dengan tolong makan jer lah. Hahaha. Ummi sepanjang hari tu takder kat rumah. Sebabnya buat keropok delivery. Petang baru sampai.  Memang tak sempat nak tolong pepe la. Datang makan jer la lepas maghrib tu.

Kaum bapak-bapak pulak kenalah membakar pulak.  Memang berasap lah malam tu. Hahaha.  Nak dijadikan cerita, suami si MamaSal keluarkan WhiteScreen yang besor gedabak tu kendian pasang kat depan pagar umah yang hujung sekali.  Tuan rumahnya tak masuk lagi. Datang jenguk-jenguk jer sekali sekala.  Lepas tu, siap pasang dengan Astro sekali. Hambik ko, berkonsert AF la kat situ kitorang malam tu.
Kaum bebapak ni pulak, malam tu sambung lagi dengan bola sampai ler ke pagi. Laki Kak Hajar, Abg Mie siap bawak bantal dengan selimut lagi. Hahahahah

Tak reti nak citer panjang-panjang. Ummi tepek jer la gambar yang ummi amik malam tu. Layannnn...

Musa kalau dah jumpe geng.. tak ingat dah makan apa sumer

Ni Shah, anak si Sal @ Mak-Angkat-Maryam

Dorang berdua ni kalau dah ramai kawan, panggil pun buat tak dengar jer..


Mama Sal dengan Maryam

Mama Sal dah tak terlarat dah nak pegang Maryam sekarang.. dah tak reti duk diam

Kaum bapak-bapak tengah duk bako-bako


orang tak ramai lagi.

Meja hidangan.

makan jangan tak makan..

Maryam yang tak reti duk diam sampai dua orang nak kena jaga.. hahaha

Anak-anak jiran

Ini kalau kete lalu.. seket lagi nak sapu bontot mak-mak kat sini.. hahahah



Oh yer. Tak nampak papa kan. Hmm. Papa petang tu balik lambat pulak. Dia sambung tengok bola lepas kitorang yang mak-mak ni masuk. Hahaha